Kena bahan dengan Elly Mazlein secara live, ini reaksi Shila Amzah di belakang pentas

1,467 views

Salah seorang peserta Gegar Vaganza. Shila Amzah menjadi tumpuan di minggu kedua ketika membawakan lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim. 

Bukan saja kena menyanyi depan penyanyi asal yang hadir, tetapi Shila Amzah juga jadi tumpuan sebab adanya kehadiran selebriti terkenal Sharnaaz Ahmad, seorang yang pernah dikenali secara rapat tak lama dulu. 

Selesai saja menyanyikan lagu berkenaan, apa lagi, pengacara Elly Mazlein atau dipanggil Kak Lina Kepom, terus saja membahan kedua dua mereka ini. 

Antara yang keluar dari mulut Elly Mazlein ialah “Takkan lah Sharnaaz Ahmad datang tengok saya kan. Kadangkala malu tu boleh jadi balik.” 

Malahan kamera juga seringkali tertumpu ke arah Sharnaaz Ahmad yang hanya tersenyum saja diusik oleh Elly Mazlein, rakan gandingannya dalam Muzikal Lawak Superstar. 

Menjawab usikan dari Elly Mazlein itu, ini respon dari Shila Amzah. 

“Saya sebenarnya okay saja. Lagi pula saya ni sayang kak Lina Pom Pom. Cara dia semasa mengusik pun bukanlah apa sangat, tidak keterlaluan. Nampak macam dia manja-manja saja.” 

“Oleh itu, saya tak ada lah nak terasa hati sebab tahu bahawa usikan Kak Lina itu hanya sekadar gurauan saja.” 

Ditanya pula tentang kehadiran Sharnaaz Ahmad sebagai penonton, Shila Amzah sebenarnya tak tahu sebelum persembahan bahawa ada pelakon berkenaan di dalam dewan. 

Dan sememangnya itu langsung tak beri kesan semasa dia menyanyikan lagu di minggu kedua. 

Malah Shila juga ada beri eye contact kepada Sharnaaz Ahmad. 

“Saya ada bagi eye contact kat dia, tetapi Sharnaaz kan pakai cermin mata hitam. Saya tak tahu dia pandang saya atau pun tak.” 

Itulah komen dari Shila Amzah yang amat matang tentang Sharnaaz Ahmad.