“Yang ni betul, dia lagi cantik dari saya” Fathia Latiff

10,248 views

Pelakon Fathia Latiff kini berada di Jepun, dikatakan bercuti di negara matahari terbit berkenaan. 

Sepanjang berada di Jepun, Fathia kerapkali membuat sesi live bersama para peminatnya. 

Fathia, 36 tahun ini dilihat seringkali melayan followernya ketika masa lapangnya lelaui sesi live itu. 

Pelakon Ariana Rose ini juga menjawab persoalan dan juga komen yang dilontarkan oleh orang ramai. 

Ada satu komen dari seorang individu yang menulis dan mengatakan seorang wanita ini yang lebih cantik berbanding Fathia. 

Namun kali ini, Fathia terus saja bersetuju dengan komen berkenaan. 

“Yang ni saya setuju. Ni betul.” 

“Dia memang hot, dia lagi cantik dari saya.” 

“Dan dia pun seorang doktor perubatan.” 

“Sekarang dia ada di Dublin, Ireland, dan saya di Jepun.” 

“Saya memang akui, dia memang hotter dan lebih cantik dari saya.” 

Individu yang dimaksudkan itu ialah wanita bernama Fasiha Latiff. 

Dr Fasiha Latiff merupakan adik kepada Fathia Latiff, yang kini berada di Ireland, yang juga seorang doktor di sana. 

Seorang yang bukan saja cantik malah bijak dan berjaya orangnya. 

Fasiha sedang menyambung pelajaran di Ireland untuk bidang cardiology iaitu unit jantung. 

Sebelum ini, Fasiha pernah bertugas di Hospital Kuala Lumpur dan kemudian berkhidmat di sebuah pusat perubatan swasta. 

Tentang statusnya, Fasiha sudah pun berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr Hazheem pada tahun 2021. 

Selain bertugas sebagai doktor, Fasiha juga menceburi bidang perniagaan bersama suaminya, menjual pakaian scrub perubatan dan juga tudung. 

Menerusi satu temubual, walaupun memiliki kakak, iaitu Fathia Latiff, yang merupakan seornag pelakon terkenal, Fasiha Latiff tidak pernah terlintas untuk menceburi bidang seni, namun pernah menjadi model untuk beberapa jenama saja sebelum ini.