“Yasin antara manusia paling baik saya pernah jumpa” Faizal Tahir

1,724 views

Penyanyi Faizal Tahir antara sahabat yang memberi sokongan kepada Yasin. Namun begitu dia masih tak dapat nak hubungai Yasin termasuklah peguamnya.

Kata Faizal Tahir, dia dah cuba hubungi namun masih belum agi berjawab.

Dan tentang apa yang terjadi, sudah tentu dia terasa dengan apa yang melanda Yasin, apatah lagi mengenali Yasin sebagai orang yang banyak mengubah dirinya.

“Saya sedih melihat keadaan yang melanda Yasin ketika ini. Saya ada cuba nak contact dengan dia selepas dia ditahan termasuk melalui peguamnya namun tak ada dijawab, mungkin ketiak itu mereka sibuk.”

“Masa macam ni Yasin memang amat memerlukan sokongan dari rakan-rakannya.”

“Bagi saya hukuman yang mungkin dikenakan kepada Yasin itu memang tak masuk akal. Kena selidik dan tengok dulu latar belakang seseorang itu dan mengapa dia buat.”

Jelas Faizal, yasin sebelum ini antara orang yang memberinya semangat untuk mendalami kitab Quran.

“Selama bersahabat dengannya, saya belajar banyak benda dari dia. Bukan saja untuk dalami Quran, kami juga sering bercerita tentang kehidupan. Dia memang banyak ubah saya ke arah kebaikan.”

“Dia ada hati yang bersih, tak pernah ada syak wasangka dan suka membantu. Apa yang saya cakap ini bukan sebab saya kawan dia, kalau saya boleh bagi list orang yang ubah hidup saya, Yasin antara top 3.”

“Saya pergi ke rumahnya belajar dan fahami maksud Quran. Dia beri pengertian hidup kepada saya.”

“Oleh itu bila jadi macam ni, saya rasa sedih. Jujur cakap Yasin merupakan antara manusia paling baik saya pernah jumpa. Dia suka memberi.”

“Kalau orang kata lain Faizal Tahir sekarang ni, antara nama yang saya akan sebut adalah kerana Yasin Sulaiman.”

Selain itu, Faizal Tahir akui dia pernah menjaga Yasin Sulaiman semasa mengalami bipolar pada tahun 2013.

“Saya jaga dia selama beberapa bulan ketika dia kena bipolar tahun 2013. Dia cerita pada saya secara terbuka tentang hal tersebut.”

“Nak kata sukar nak jaga itu tidak namun saya banyak berlajar benda baru. Itu memang pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.”

“Personalitinya memang akan berubah-ubah, oleh itu, saya perlu banyak bersabar. Kalau tiba-tiba mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia ketika itu.”

Itulah komen serta kenyataan dari penyanyi terkenal Faizal Tahir tentang Yasin Sulaiman.