Ashira sudah tak bertudung? Tampil free hair ketika persembahan nyanyian

1,539 views

Bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Ashira Aziz, sebelum ini dilihat sering saja bertudung setelah bernikah dengan suaminya iaitu Badrul salah seorang vokalis kumpulan Indigo.

Namun baru-baru ini dikatakan Ashira sudah tidak lagi dengan imej bertudung itu.

Tampil bekerja sebagai penyanyi di sebuah restaurant di hujung minggu, Ashira dilihat tidak mengenakan tudung sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminatnya.

Akhirnya penyanyi berumur 37 tahun ini tampil menjelaskan kedaan sebenarnya.

Kata Ashira, sebenarnya dia tak pernah pun ada mengumumkan bahawa dirinay telah bertudung sepenuhnya. Ini komennya seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.

“Saya tak ada pernah pun umum yang saya ni sudah pakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini pun ketika saya tampil dengan imej bertudung saya hanya mendoakan agar ianya akan berkekalan. Ketika ini meamng saya on dan off untuk bertudung ni.”

“Semasa buat aktiviti harian pun, ada tikanya saya keluar rumah tak pakai tudung. Jika dilihat cara saya bertudung saya pun masih lagi belum sempurna.”

“Maybe sebab saya jarang upload foto aktiviti harian dah buat orang ramai keliru agaknya.”

Itulah penjelasan dari Ashira yang mula naik namanya ketika rancangan Gegar Vaganza musim ke tujuh.

Ashira menambah, imej bertudung ini merupakan hak individu dan juga menafikan dia buka tudung sebab menyanyi di restaurant berkenaan.

“Bukan sebab saya menyanyi di tempat seperti itu saya kena buka tudung. Ada juga pernah saya tampil memakai hijab ketika buat persembahan di sana.”

“Soal berhijab dan bertudung ini bagi saya, ianya bergantung atas diri sendiri juga. Dah tentu saya nak jadi individu yang lebih baik, cuma mungkin saya ni belum sempurna ketika ini.”

“Apapun, jika saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat macam tu nanti dah tentu akan ada orang yang mengata juga.”

Itulah penjelasan dari Ashira tentang imej tudung.