Zarina Anjoulie sah kembali bertunang dengan Datuk Seri Khazrul Elzey

10,755 views

Sebelum ini pelakon Zarina Anjoulie yang mesra dipanggil Anju telah putus tunang dengan Datuk Seri Khazrul Elzy. 

Namun kini, Anju telah mengesahkan bahawa dirinya kini dah kembali bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan. 

Anju, yang kini berumur 36 tahun berkata, hubungan berkenaan kembali bertaut setelah ianya mendapat restu dari kedua belah family. 

Pihak Khazrul, 45 tahun, ada mengunjung family Zarina dengan membawa cincin untuk menyambung semula ikatan pertunangan mereka. 

Jelas Anju lagi, sememangnya dia dan Khazrul Elzy saling merindui apabila hubungan mereka terputus sebelum ini.  

Ini kenyataan dari Anju seperti dilaporkan portal Kosmo.

“Kami mula jadi rapat semula dalam bulan Julai yang lali. Kemudian kami ambil keputusan bertunang semula pada bulan lepas. 

“Ini selepas kami masing-masing sedang amat rindu dan perlukan di antara satu sama lain.” 

Anju juga menyatakan sikap mereka yang sama-sama gila dan saling sayang menyayang antara faktornya.  

“Tak rasa ke kami berdua ini sama-sama gila. Itu sebabnya kami boleh bersama. Dua-dua sayang satu sama lain.”  

“Lagi pula, anak saya rapat dengan dia, dan juga sebaliknya. Saya pun dah malas nak cari lelaki lain.” 

Jelas Anju lagi, kisah hubungan yang terputus sebelum ini menjadi pengajaran duat dirinya.  

“Kami berdua ni ada silap masing-masing. Hal pertama yang harus dilakukan adalah betulkan kesilapan diri, dan kena muhasabah.” 

Ditanya tentang bila akan bernikah, ini jawapan dari pelakon ini. 

“Kali ini kami dah belajar dari pengalaman lepas. Tapi tak mahu lama sangatlah. Niat tu memang ada, tapi jodoh di tangan Illahi. Hubungan kali ini menjadi atau tidak, saya sendiri tidak tahulah.” 

“Dulu agak terburu-buru, tiga bulan kenal terus saja cepat mahu kahwin. Sekarang saya dengan Datuk tak nak letak harapan sangat sebab kalau letak nanti jadi pertelingkahan lagi.” 

“Kalau jadi nikah, syukur, tetapi jika tidak jadi pun tak apa, kami berdua dah dah janji tak mahu bergaduh lagi.” 

“Kali ini kami ambil langkah perlahan sikit.” 

Di imbas kembali, Zarina Anjoulie dan Dato Seri Khazrul sebelum ini telah bertunang pada bulan January 2023 namun ianya terputus sekitar bulan February.