Sejak dah jadi ibu, pelakon danpengacara Ain Edruce dilihat telah bertukar sikit cara dan gaya hidupnya.
Antara yang paling jelas ialah mindset Ain Edruce kini lebih mengutamakan anak sulung, baby Soraya yang kini sudah berumur 2 bulan umurnya.
Jelas Ain, kalau dulu beli barang sendiri, kini dia lebih utamakan barang-barang anaknya.
“Kini saya dah ketagih sangat untuk membeli belah secara dalam talian. Tapi sekarang ni semua benda yang saya beli hanya untuk anak saya, Soraya. Anak perempuan pula tu, jadi semestinya lebih rajin nak cari baju cantik untuk dia.”
“Contohnya time Raya Haji ini pun kami memang dah rancang pakai baju sedondon warna maroon, saya beli baju semua secara online.”
“Lepas tu, sekarang ni dah jadi rutin saya pula, akan buka laman web yang jual barang-barang baby, baju, cekak, kasut dan topi semua untuk Soraya. Ada tu sampai tak perasan dah pernah beli, tapi beli lagi.”
Dek kerana itu, suaminya, Amirul ada nasihati dan tegur Ain agar lebih berjimat cermat, apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni.
“Suami saya dah banyak kali ingatkan supaya jangan terlalu nak membazir shopping secara online, iyalah tambahan pula sekarang ni keadaan ekonomi pun tidak berapa nak menentu.”
Tentang baby Soraya, Ain Edruce akui amat mudah menjaganya kerana dia seorang yang amat mudah dijaga.
“Senang jaga Soraya, contoh kalau dia terjaga masa malam, lepas minum susu, dia terus tidur semula. Suami pun memang banyak bantu. Saya pula dah biasa jaga budak kecil sebab banyak anak buah sebelum ni.”
Tentang penjagaan anaknya, Ain Edruce akui agak risau untuk membiarkannya di bawah jagaan orang lain yang tak dikenali. Dalam plan, ibu Amirul akan menjaga baby Soraya sekiranya mereka kembali bekerja, tetapi mereka akan upah babysitter untuk tolong sama-sama jaganya. Oleh itu anaknya akan sentiasa ada bersama neneknya.