Zizi Kirana menangis baca mesej ibunya

14,088 views

Penyanyi yang semakin dikenali ramai iaitu Zizi Kirana, akui dirinya tersentuh setelah kena tegur dengan ibunya sendiri baru-baru ini.

Zizi Kirana sebelum ini memang diketahui menajdi buruan lelaki hidung belang dek kerana sering tampil dengan pakaian terdedah.

Kalau ada foto, di upload di Instagram, memang banyak kmen dari lelaki yang boleh dibaca amatlah gatal atau miang.

Namun, baru-baru ini, Zizi Kirana dah buang beberapa keping foto yang menunjukkan dirinya terdedah dan menampakkan tubuh badan.

Rupanya, Zizi Kirana telah terkesan sampai menangis setelah menerima mesej teguran dan ibu yang tersayang.

Tak sanggup nak lihat ibunya terguris dan terus bersedih, Zizi Kirana memasang azam untuk membuat anjakan dan berubah ke arah lebih baik.

“Saya terima satu teguran atau satu nasihat dari mommy saya. Sebenarnya sampai umur saya dah 35 tahun, ini kali pertama. Sebelum ni dia tidak pernah ada tulis message panjang untuk nasihati saya.”

“Apabila mommy tulis message seperti itu, saya pun terddetik difikiran dan tertanya adakah selama ni saya telah kecewakan diri mommy. Saya terus menangis bila baca message dari mommy macam tu.”

Tentang perubahan yang dia uba buat, Zizi ada berkata ibunya turut berpesan untuk ubah perlahan-lahan, jangan terlalu drastic.

Ini kerana, ibu Zizi Kirana gusar sekiranya ianya terlalu sukar dan Zizi akan kembali ke takuk lama jua. Apapun, Zizi dah janji dia mahu ubah penampilan dirinya.

“Mommy ada cakap tidak semestinya Zizi kena terus bertudung pakai hijab, sebab mommy tak mahu Zizi jadi seperti, nanti tiba-tiba pakai tudung alih-alih esoknya Zizi akan buka habis semuanya.”

“Saya dah janji pada mommy takkan pakai terdedah lagi dan akan jaga penampilan, berubah perlahan-lahan.”

Tahniah kepada Zizi Kirana, semoga menerima sinar dan hidayah untuk terus berubah ke arah kebaikkan. Syukur juga Zizi ada ibu yang penyayang dan mahu melihat anaknya berubah.