Betul saya dah nikah, isteri kedua kepada Datuk Syed Osman, pengakuan Datuk Ziela Jalil

4,750 views

Penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil menjadi tumpuan beberapa hari ini setelah timbulnya desas desus bahawa dia kini merupakan isteri kedua kepada seorang individu bergelar Datuk juga.

Melihat isu ini diperkatakan ramai orang, akhirnya Ziela Jalil tampil memberi kenyataan rasmi tentang statusnya.

Jelas penerbit dari Pena Cretive ini, apa yang berlaku ini adalah satu ketentuan untuk dirinya. Jom baca.

“Yes betul, saya telah bernikah pada tarikh 17 Februari 2019. Saya menjadi isteri kedua kepada Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis pernikahan telah dibuat di sebuah masjid dengan wali bapa saudara dan ianya disaksikan oleh family saya termasuk keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.”

“Sebenarnya kami hanya saling kenali hati budi lebih kurang lima minggu saja sebelum dia ada nyatakan hasrat untuk kahwini saya. Secara jujur, keputusan untuk nikah sekali lagi bukan satu keputusan senang apatah lagi sebagai isteri kedua.”

“Bagi diri saya, ini takdir serta jodoh yang ditetapkan. Akan ada yang cuba pertikai hal ini. Tetapi jika saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia, saya dah kahwin.”

Mengambil 11 tahun untuk kembali terbuka hati untuk berkahwin, jelas Ziela Jalil, dia sememangnya amat cintakan arwah suaminya, arwah Tan Sri Megat Junid.

“Sebelas tahun arwah suami saya meninggal, memang tak pernah terbuka hati untuk nikah lagi. Dan masa tu, kalau ada orang usik saya tentang soal kahwin, saya akan rasa berang.”

“Walau saya amat cintai arwah, Allah tuliskan takdir lain untuk saya. Sebelum ini pernah kata tak nak, kini hati saya terbuka. Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya, begitu juga dengan suami sekarang ini.”

Jelas Ziela Jalil, dia ambil pendekatan tak mahu hebohkan hal ini sebab nak jaga banyak hati orang,

“Ada media yang pernah tanya hal ini, namun saya tak cerita. Saya bukanlah orang yang suka bercerita tentang hal keluarga. Saya tak cakap tentang perkahwinan ini untuk hormati family suami iaitu isteri dan anak-anaknya.”

Bercakap tentang tulisan dari anak suaminya, yang mendedahkan Ziela Jalil sebagai ibu tirinya, ini respon Ziela Jalil.

“Bila anaknya tulis di Twitter tentang saya dan hubungan ini, sebenarnya dia takda hak tulis kenyataan untuk pihak saya. Saya ada privasi juga.”

“Jika betul mereka nak hal ini didedahkan, lebih baik ianya dari mulut saya sendiri. Bukan dengan cara sebegini.”

Dari laporan, perkahwinan Datuk Syed Osman dengan isteri pertama mempunyai enam orang anak.

Ziela Jalil pula mempunyai dua orang anak kandung hasil perkahwin terdahulu, dan mengambil seorang anak angkat.