Antara pelakon yang merupakan nama besar dalam bidang seni tanah air ialah Dato Aaron Aziz. Baru-baru ini Aaron ada muatnaik satu video menunjukkan dirinya sedang makan di tepi laluan di atas tong, dan ini telah menjadi perhatian ramai.
Pernah menjadi pemenang Bintang Paling Popular, ramai tertanya kenapa layanan sedemikian diberikan kepada Aaron Aziz.
Melalui caption yang ditulis oleh Aaron Aziz, dia tidak disediakan bilik berbanding selebriti lain dan akhirnya makan di tepi hallway bergitu saja.
Ini caption darinya: “Abang takde lah nak salahkan Penerbit rancangan atau pihak TV station. Namun, pihak yang jadi liaison tu kenalah peka. Yang lain ada nama dan bilik pun telah disediakan.”
“Tak mengapalah biar saja orang yang buat kat kita, jangan kita buat kat orang ye. Mustahil tak tahu Abang pun di jemput.”
Sementara itu, Aaron Aziz turut meletakkan beberapa hashtag, ini antaranya: “Hadapi dengan senyuman. Abang sedar abang suam-suam kuku.”
Ramai juga yang terkejut apabila melihat video pelakon yang pernah beraksi dalam filem box office seperti KL Gangstar dan Ombak Rindu, tidak dapat bilik dan hanya makan di tepi jalan macam tu saja.
Antara yang memberi komen ialah rakan-rakan artis yang lain seperti Afdlin Shauki, Nabila Huda, Hafidz Roshdi, Raja Ilya dan Shah Iskandar.
Turut memberi komen ialah isteri kepada Aaron Aziz sendiri iaitu Diyana Halik. “Sabar okey.” Tulis isteri Aaron Aziz diruangan komen.
“Serius la bro.” Tulis Afdlin Shauki dan juga Shah Iskandar yang bagaikan tak percaya hal ini terjadi kepada Aaron Aziz.
Ini pula yang ditulis oleh Nabila Huda dan Hafidz Roshdi: “Tak adil dan tak patut.”
Sehingga kini belum ada lagi kenyataan lanjut dari pihak Aaron Aziz atau pihak yang menguruskan program berkenaan, tentang kejadian itu.