Doktor kahwin dengan perempuan murahan, Alicia Amin beri respon

3,157 views

Model Alicia Amin selamat selamat bergelar isteri kepada seorang pegawai perubatan bernama Farzan Iqbal semalam pagi. Majlis pernikahan berlangsung di sebuah masjid yang terletak di Bukit Damansara.

Alicia yang berumur 26 tahun sah bergelar isteri kepada Dr Farza yang kini 27 tahun hanya dengan sekali lafaz akad sahaja yang dibuat di depan family dan rakan terdekat sekitar enam orang saja.

Banyak gambar dan juga video yang mula dimuatnaik di laman media sosial dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada model yang juga pernah berlakon itu.

Namun begitu, ada satu hantaran di laman Twitter yang mana ada seorang individu telah menulis mengatakan sesuatu yang kurang enak untuk dibaca.

Kata individu berkenaan, dia seperti mempersoalkan seorang doktor berkahwin dengan wanita seperti Alicia Amin.

“Doktor kahwin dengan wanita murah seperti ini, apakah masa yang kita sedang duduk ini.”

Alicia telah post semula gambar penulisan individu berkenaan sambil membalas: “Masa yang baik, sedang berada di dalam masa yang baik bro.”

Melihat komen berkenaan, ramai netizen turut memberi kata-kata semangat kepada Alicia dan memintanya untuk tidak melayan orang seperti itu.

Ketika majlis pernikahan pasangan suami isteri ini cantik dan segak memakai busana pengantin berwarna putih.

Alicia berkata setelah selamat bergelar isteri melalui majlis nikah yang ringkas, mereka berdua masih belum ada rancangan untuk mengadakan majlis resepsi mahupun pergi honeymoon kerana wabak yang melanda.

Menerusi satu temubual, Farzan ada menyebut bahawa dia amat tertarik dengan personality dan juga sikap peribadi Alicia Amin dan melabelnya seorang yang berani.

“Ketika di awal pertemuan, saya sudah pun tertarik dengan keperibadian Alicia. Dia ini seorang wanita yang amat berani dan diketahui lantang, namun di dalamannya dia amat penyayang.”

Alicia Amin sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa drama seperti meh sandar lagi, alamatnya cinta dan the bridge. Tahniah buat Alician Amin dan pasangannya.

Share this on...