Kealpaan dunia, anak jadi mangsa, Dato Red

7,541 views

Ini merupakan satu lagi berita kurang baik yang melanda keluarga kepada suami Adira iaitu Dato Red atau nama penuhnya Dato Seri Adnan Abu. Memang umum dah tahu penyanyi popular Adira Suhaimi telah failkan percerraian terhadap suaminya. Akan tetapi kali ini, anak perempuan kepada Dato Red pula yang bercerrai.

Dato Red berkongsi kisah yang agak dukacita ini di laman IG miliknya. Katanya perkahwinan anak peremuannya bernama Aziera yang baru berusia 20 tahun telah bergolak walhal dia baru sahaja setahun berkahwin.

Ini tulisnya di IG: “Ya Allah lagi skli dugaan yang kn hadapi. Bagi la semua dugaan tu kepadaku ya Allah, jgn la kau sakiti anak ku. Macam-macam dugaan. Aku tak larat. Akibat kealpaan dunia. Anak jadi mangsa. Semoga anakku sentiasa dalam rahmat dan perlindunganmu amin

Dari satu tembual dengan portal hiburan Gempak, Dato Red berkata kejadian ini berlaku kerana kealpaannya dan inilah balasasn buatnya.

Ini komen Dato Red: “Anak dan menantu pula dah mahu ceerai, Allah duga sy sgt kuat. Anak sy tu baru umur 20 tahun dan usia rumah tangga nya baru saja masuk satu tahun. Bagi sy, ini semua akibat sy alpa dengan kehidupan dunia, Inilah balasannya”

Dato Red amat bersimpati dengan nasib anaknya yang masih muda itu dan kini sedang diduga. Jelasnya, Aziera memang seorang yang agak berahsia.

Ini pendedahannya lagi: “Dia mmg berahsia, sejak dulu dia hidup sendiri. Itu yg sy kesiankan dengan nasibnya. Anak sy ini, kalau dia tidak ada susah dia memang tidak akan hubungi saya. Tetapi dia rapat dengan Datin Red”.

Untuk maklumat, sebenarnya Aziera merupakan hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri pertamanya yang mana ketika itu pasangan ini berumur sekitar 20 tahun. Mereka hanya dapat bertahan selama lima tahun sebelum berpisah.

Kemudian, Dato Red bernikah dengan Datin Red atau nama sebenarnya, Sharifah Norshafila, sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan seramai lima orang orang anak.

Menjadi viral tak lama dulu, Dato Red telah bernikah dengan Adira sebagai isteri kedua di Thailand pada tahun 2015. Dengan Adira, Dato Red dapat tiga orang cahaya mata.