Kenyataan rasmi Miera Leyana dakwaan dia isteri kedua

3,135 views

Kini umum dah pun tahu bahawa pelakon cantik Miera Leyana telahpun selamat bergelar isteri kepada usahawan bernama Rosland Othman.

Sejak beberapa hari ini, tiba-tiba ada yang menimbulkan isu mengatakan bahawa Miera Leyana sebenarnya merupakan isteri muda serta mempunyai madu. Ianya telah menjadi tajuk berita beberapa portal hiburan tanah air.

Setelah 24 jam berkahwin, ada satu video yang diupload mendakwa Miera Leyana kini dikatakan hidup bermadu.

Dari content video tersebut, ianya mengatakan bahawa suami Miera Leyana itu sudah berkahwin dan dah ada tujuh orang anak.

Miera leyana tampil memberi respon ekoran hal ini dan dari laporan Berita Harian, Miera tidak buat penafian ataupun mengiyakan hal hidup bermadu itu. Jom baca.

“Siapa saja boleh buat andaian, tetapi adakah adil nak buat spekulasi kurang baik kepada masjid ini yang baru saja dibina. Sebagai muslim, kita semua kenalah percaya rahsia tentang jodoh ini sukar nak dihuraikan sama juga dengan perkahwinan saya dan suami.

“Tentang dakwaan hidup bermadu, biarlah kami sajalah yang tahu tentang itu. Kami suami isteri bahagia saja. Kami tidak ada nak menganiayai sesiapa dan andaian ini telah dibuat oleh orang luar. Dengan itu, tidak perlu kalian nak judge hidup kami”.

“Suami dan saya tidak ada buat hal keslhan dari segi agama. Kami berdua bina perkahwinan atas dasar cinta dan direstui kedua-dua belah family kami.

“Kami tak ada nak sorok pernikahan kami, kalau ikutkan satu Malaysia tahu wedding saya hari tu, ketika saya bergelar isteri kepada Rosland. Majlis dibuat secara terang-terangan.

“Kalaulah saya nak bohongi sesiapa, kami boleh nikah di luar negara dan buatkan tak ada orang tahu bahawa kami dah kahwin”.

“Siapa yang tak rasa terkilan,sedih kerana tidak sampai 24 jam jadi isteri orang, tiba-tiba ada video tu tersebar. Saya tak kahwin sorok. Cerita macam ini telah mencemarkan maruah saya, suami, dan juga family kedua belah pihak.

“Saya kini bahagia dengan fasa sekarang, saya positif, apa yang kami tahu, tidak ada salah pun kongsi hidup dan bahagia,”

“Tidak kisahlah apa status suami, kami berkahwin dengan restu keluarga dan tak ada melukakan sesiapa pun”.

Sementara itu, ada juga yang mengatakan mungkin mereka berdua kahwin sebab hubungan perniagaan milik bapanya, Datuk Seri Kasmi Arsat yang maan Rosland pula merupakan Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi. Ini jawapan Miera.

“Ingat saya kahwin ni macam adaptasi drama kat televisyen ke. Kami kahwin kerana cinta, bukan sebab perniagaan keluarga.

“Saya ada empayar perniagaan sendiri dan saya tak perlukan orang lain untuk tanggung kehidupan saya”.

Itulah jawapan dari Miera Leyana tentang cakap-cakap orang lain berkenaan perkahwinannya.

Share this on...