Pelakon utama naik angin di set penggambaran, ini yang berlaku

1,208 views

Ini satu kes yang terjadi di set penggambaran drama bersiri berjudul My Sweet Heart Hannan.

Dikatakan ada pertelingkahan berlaku antara pengarahnya Adam Hamid dengan pelakon utama drama, Hafidz Roshdi, sampaikan ada yang bercerita mengatakan pelakon itu tendang pengarah berkenaan. Kejadian terjadi di set penggambaran di Sungai Buloh minggu lalu.

Menjawab isu ini, Adam Hamid akui adanya kejadian panas yang berlaku namun taka da lah sampai kena tendang dengan pelakon itu.

Ini penjelasan dari pengarah tentang kes kemarahan Hafidz.

“Dia tidak ada tendang saya pun tapi dia hanya tolak saya saja. Pada hari berkenaan sebenarnya saya memang terlebih beremosi sebabnya ada crew yang asyik buat kesalahan sama ulang kali, ini buatkan saya kelihatan selalu tarik muka. Masa tu pun, mulut saya terlebih celupar.

“Dek kerana itu, mungkin dia fikir saya lepaskan kemarahan kepada Hafidz sebab sebelum itu memang saya dah beberapa kali tegur tentang lakonannya. Boleh dikatakan pada hari itu, sebenarnya Hafidz berlakon dengan begitu baik sekali.

“Biasalah, kita kan manusia, ada masa kita cepat panas dan kemudian jadi sejuk. Maybe masa tu dia rasa saya naik angina dengannya”.

Adam memebritahu dia ada minta maaf kepada Hafidz jika ada tersalah apa-apa. Adam telah mesej kepada Hafidz untuk jernihkan keadaan.

“Sebenarnya yang berlaku hanya salah faham. Saya pun mengalah dan sent mesej untuk minta maaf kepada Hafidz.

“Ketika hari kejadian semua sedang panas, oleh itu, lebih baik saya dan semua orang balik dulu dan esoknya baru selesaikan kes ini.

“Hafidz sebenarnya pun ada minta maaf keraan kejadian itu. Hafidz kata dia agak stress dengan cara lakonannya sebab watak yang dibawa tu agak berat. Apapun, semuanya sudah selesai. Semua pun dah datang semula ke set penggambaran”.

“Saya memang dah maafkan Hafidz kerana dia tu macam anak bagi anggapan saya. Buang semua yang keruh, kita ambil saja yang jernih”.

Hafidz turut akui kejadian itu berlaku dan mengatakan semua dah kembali kepada normal. Pelakon ini tak mahu bercerita panjang lebar tentang apa yang berlaku.

“Kami semua dah ok dan ianya diselesaikan dengan cara yang baik. Takde apa yg perlu diperbesarkanpun. Semua yang berlaku hanyalah salah faham saja”. 

My Sweet Heart Hannan mempunyai 26 episod dan akan ditayangkan di RTM. Pelakon utamanya ialah Hafidz Roshdi, Eyka Farhana, Aishah Azman, Ani Maiyuni dan Dyba Farhana.

Share this on...