Puteri Aishah dikejarkan ke hospital, jari kiri terkoyak, saraf putus

1,791 views

Pelakon jelita Puteri Aishah dikejarkan ke hospital semalam secara emergency setelah alami kecederaan yang agak serius. Pelakon berusia 26 tahun ini telah tercedera di jari kelingking tangan kiri.

Insiden ini berlaku tatkala Puteri Aishah sedang memotong buah-buahan namun secra tidak sengaja dia telah terpotong daging jarinya sendiri, kena hiris pisau yang tajam.

Kecederaan dikatakan agak serius lantas Puteri Aishah dibawa ke satu pusat perubatan swasta untuk menerima rawatan lanjut.

Malah, setelah tiba disana, doctor mengesahkan bahawa saraf di jarinya itu terputusa dan memerlukan surgery secepat mungkin.

Melalui pengurusnya bernama Iman Tang, ini perkembangan terkini yang dialami oleh Puteri Aishah.

“Ketika hal berkenaan terjadi, Puteri Aishah sedang memotong buah Avocado, namun maybe sebab buah keras dan pisau lilcin, dia slip dan terpotong bahagian kiri jari kelingkingnya dan ianya sampai kena tulang juga”.

“Puteri Aishah alami kecederaan yang boleh nampak agak serius malah saraf pada bahagian jari itu terputus dan hal ini amat membimbangkan”.

“Nasib baiklah semasa insiden itu terjadi, ada kawan bersana dengan Puteri Aishah. Kalau tak, entah apa yang bakal berlaku sebab masa tu dia alami pendarahan yang begitu banyak”.

Tentang keadaan terkininya, Iman Tang menyatakan bahawa pihak doctor ada memberitahu satu surgery perlu dibuat dengan kadar segera sebab kecederaan melibatkan saraf dan jika tak buat, Puteri Aishah boleh alami kecacatan kekal di jari berkenaan.

“Medical officer cakap kalau tak bedah, jari Puteri Aishah tu mungkin tak boleh berfungsi lagi macam biasa.

“Surgery telah proceed dan lepas dua jam surgery akhirnya selesai dibuat. Buat masa sekarang Puteri Aishah berada dalam keadaan stabil. Tetapi dia masih belum sedar dari bius”.

“Puteri Aishah baru selesai saja habis buat penggambaran dan oleh kerana insiden yang berlaku ni, Puteri Aishah akan berehat selepas ini. Harap semua dapat doakan dia sembuh ya”.

Get well soon kepada Puteri Aishah, semoga semuanya dipermudahkan.

Share this on...