“Tak boleh dengar komen pedas, stop saja nyanyi” Mas Idayu

2,849 views

Seringkali dijemput menjadi juri sesebuah rancangan reality, Mas Idayu akui dia memang seorang yang agak garang.

Katanya, dia perlu berbuat sedemikian kerena itu merupakan caranya untuk mengajar seseorang terutama kepada penyanyi baru.

Mas Idayu, yang kini merupakan Juri tetap rancangan Lagu Cinta Kita berkata, dia tak kisah pun kalau caranya itu membuatkan dirinya tak disukai orang lain mahupun para penonton.

Inilah diri saya sebenar, kerja dengan kawan-kawan, saya sentiasa akan jadi diri sendiri. Ada yang rasa tak suka? Rasa sedemikian merupakan hak individu. Tanggungjawab saya bukanlah untuk orang benci, bukan itu yang saya buat atau hebahkan”.

Apa yang saya hebahkan ialah perkongsian ilmu. Dan ini termasuk pengalaman saya selama dalam bidang industri seni ini. Saya ajar kepada bakal anak seni yang bakal tumbuh. Sejak awal lagi saya memang jadi tegas, garang. Saya sebenarnya sensitif dan penyayang kerana itulah saya selalu dilihat marah-marah”.

Penyanyi berumur 48 tahun ini turut menyatakan bahawa dia tak pernah nak berlakon atau buat drama ketika jadi juri. Itu memang cara dia ketika menjuri.

Berlakon dikatakan buat drama, tu bukanlah saya. Saya sentiasa ikhlas dan jujur. Namun kalau jujur maybe akan ada orang yang tak suka kita”.

Saya juga tidak minta para juri lain, jadi macam saya. Saya memang macam seperti itu, jangan ikut seperti saya. Cara saya macam orang kampung mengajar. Macam saya ajar Black. itulah cara saya, semua juri ada cara mereka yang tersendiri”.

Berbicara tentang penyanyi yang sentap ketika menerima teguran panas, Mas Idayu menasihatkan para peserta terutama yang masih baru agar sentiasa bersedia dengan komen juri.

Kalau tak boleh nak dengar komen pedas, stop sajalah menyanyi”.

Dalam rancangan Lagu Cinta Kita, selain Mas Idayu, juri lain ialah Ajai dan juga Hael Husaini.

Share this on...