(15 Foto) Isteri Datuk Rosyam Nor, Datin Runika

2,461 views

Datuk Rosyam Nor bukan saja seorang pelakon yang hebat dan terkenal, malah beliau juga merupakan ahli perniagaan yang amat berjaya. 

Sudah tentu kejayaan yang dicapai tidak akan dikecapi tanpa sokongan keluarga terutamanya isteri, sebagai tulang belakang utama. 

Pelakon berumur 57 tahun ini, sudah mendirikan rumah tangga selama 35 tahun lamanya. 

Rosyam berkahwin dengan Datin Runika Mohd Yusof yang lebih dikenali dengan nama Runie. 

Ketika perkahwinan, Rosyam pun masih lagi muda, berumur 22 tahun. 

Perkahwinan yang dibina amat utuh dan bahagia sehinggalah ke hari ini. 

Rosyam mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan isteri dan juga anak-anak di laman media sosial miliknya. 

Memilih untuk membezakan hal peribadi dan juga kerjayanya. 

Ini komen Rosyam Nor.

“Bagi saya, tidak penting sangat untuk orang luar atau peminat nak tahu siapa isteri Rosyam Nor.”

“Tapi sekarang kan dah ada internet, ada saja gambar saya dan isteri saya terbabas orang dah lihat.”

“Dulu zaman surat khabar, orang tak dapat lihat, gambar anak saya pun tak ada. Sekarang, anak saya pun dah ada akaun senidir, jadi orang dapatlah tengok.”

Ada juga beberapa kali Datin Runika terlihat bersama Rosyam Nor terutama ketika majlis dan juga event. 

Paling ketara ialah moment bersama keluarga seperti majlis perkahwinan dan juga majlis hari lahir. 

Anak-anak mereka juga ada muatnaik foto bersama ibunya itu. 

Ini antara foto isteri Rosyam Nor, iaitu Runika. 

Rosyam dan Runika semasa muda
Datin Runika di wedding anaknya
Datin Runika berbaju oren
Bersama anaknya, Anis

Didoakan agar perkahwinan Rosyam dan Runie akan terus bahagia dan dirahmati Nya. 

35 tahun berkahwin, Rosyam Nor dan Runika telah pun dikurniakan 5 orang cahaya mata, dan sudah pun mempunyai ramai cucu.