“Isteri saya cantik, lawa dari lagi Nasha Aziz tau” Datuk Rosyam Nor

10,233 views

Datuk Rosyam Nor memang seorang pelakon yang mempunyai nama besar dalam industri. 

Karyanya dalam drama dan filem memang begitu banyak dan sudah tentu, Rosyam Nor sudah banyak berganding dengan ramai pelakon wanita. 

Namun begitu, Rosyam, 57 tahun, berkata, sepanjang berlakon dia sentiasa profesional agar tidak terlibat dengan kisah cinta lokasi. 

Apatah lagi dirinya yang berstatus suami orang, apabila berkahwin pada tahun 1987.  

Memberi contoh pelakon dan model jelita yang sudah beberapa kali bergandingan iaitu Nasha Aziz, Rosyam berkata, isterinya lagi cantik dari pelakon berkenaan. 

“Saya dah berlakon dengan ramai pelakon termasuklah Nasha Aziz. Masa ganding untuk filem memang aku kenalah jatuh cinta dengan dia akan tetapi di luar set, aku hanya berkawan dengan dia.” 

“Apabila kita letak batas sebagai kawan, kita tengok dia pun tak ada rasa apa-apa.” 

“Lagipun, isteri saya memang lawa, cantik. Kamu tak kenal bini saya, lagi lawa dari Nasha Aziz.” 

Mengimbas kenangan berlakon dengan Nasha untuk filem Laila Isabela, Rosyam berkata, Nasha merupakan individu yang banyak membantu dari segi pakaian dan juga fesyen untuk menyesuaikan dirinya dengan watak dalam filem berkenaan.   

“Ketika filem itu, kami tak ada wardrobe yang dijaga. Dan Nasha merupakan orang yang banyak bantu saya.” 

“Dia suruh saya ajar dia berlakon dan pakaian pula, dia yang akan jaga dan siapkan.”  

“Nasha dikenali sebagai model, dah tentulah dia tahu pasal fesyen. Aku anak setinggan mana tahu nak bergaya sangat.” 

“Ada jenis baju yang dia suruh beli, dan dia siapkan pakaian untuk setiap babak, sebab tu penampilan dalam filem tu agak lain, filem tu jadi hit.” 

KOLEKSI FOTO ISTERI ROSYAM NOR (LIHAT SINI GAMBAR DATIN RUNIKA)

Warga maya ternyata memuji sikap Rosyam yang sentiasa menjaga hati isteri dan keluarganya. 

Ramai memberi komen Rosyam antara artis yang tak ada langsung isu melibatkan orang ketiga.  

“Pandai Dato Rosyam jaga hati isteri.” 

“Memang nampak lain dalam filem Laila Isabela, rupanya Nasha yang siapkan.”  

“Bagus Dato, memang dari dulu tak pernah ada isu pun. Sayang betul dia dengan isteri.” 

“Gandingan Rosyam dengan Nasha dulu memang ngam, serasi.” 

“Pelakon profesional yang bagus, tak ada sondol menyondol pun.” 

Untuk info, Rosyam Nor berkahwin isterinya iaitu Datin Runika Mohd Yusof di umur yang masih muda iaitu 22 tahun, pada tahun 1989.