“Siapa makan cili, dia terasa pedas” Bos Mydin tak takut Caprice

4,215 views

Hari ni kecoh juga tentang Caprice dan juga Mydin, yang mana penyanyi berkenaan mahu menyaman syarikat runcit terkenal itu setelah dibahan. 

Mydin menulis berkenaan cap (topi) dan juga rice (nasi), dan merasakan tak memrlukan dua item tersebut dan boleh buat refund. 

Namun Caprice telah terasa, dan mahu Mydin mohon maaf selain akan teruskan tindakan undang-undang. 

Melihat isu ini jadi tular, bos besar syarikat Mydin iaitu Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata dia tidak gentar dengan perminataan dari Caprice itu. 

“Kami pihak Mydin tak ada pun nak sebut nama Caprice mahu pun tag Caprice dalam posting berkenaan, jadi mengapa pula dia nak terasa pula.” 

“Siapa yang ada termakan cili, maka dia lah yang terasa pedasnya.” Kata Datuk Ameer lagi. 

Tentang isu menyaman, Datuk Ameer berkata dia menyahut saja jika Caprice nak meneruskan tindakan undang-undang. 

“Kalau betul Caprice ni nak saman kami, boleh hantar surat saman kepada pihak kami, biar lawyer saya yang nanti akan semak.” 

Dari laporan Kosmo, artikel tersebut menggunakan ayat pedas iaitu Caprice jangan nak acah-acah. 

Dalam pada itu, Datuk Ameer juga berkata dia mengalu alukan jika Caprice nak berbelanja di Mydin termasuklah jika nak buat bantuan amal. 

“Bagus kalau Caprice nak buat bantuan dan kerja amal, tolong orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang dia mahukan. Saya ni pun sama juga nak bantu juga.” 

Dalam pada itu, di laman media milik Mydin, telah ada beberapa hantaran baru, termasuklah gambar beberapa jenis cili, dengan menekankan bahawa siapa yang makan cili dialah yang akan kepedasan. 

Itulah kisahnya tentang isu melibatkan Mydin dan juga penyanyi Caprice.