Lepas adegan Zul Ariffin, muzik video Chubb-E pula tampil wanita terdedah

23,725 views

Sedang isu babak video Zul Ariffin dan Siti Hariesa membuat ramai naik angin, kini timbul pula satu lagi video melibatkan seorang penyanyi.

Ianya melibatkan penyanyi yang pernah merangkul anugerah Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular pada tahun 2020 iaitu Chubb-E.

Kali ini ada babak yang menampilkan wanita agak terdedah di video muzik video penyanyi muda ini.

Dari laporan portal Boom, ramai yang terkejut melihat adanya wanita yang dengan keadaan yang agak terdedah sedang duduk disebelah Chubb-E.

Cara pemakaian wanita yang kelihatan seperti Pan Asia itu memang membuat ramai terkesima.

Ini antara komen dari netizen yang tergamam dan kecewa dengan adanya babak atau penampilan wanita seperti itu di dalam muzik video penyanyi tempatan apatah lagi beberapa hari saja lagi akan menjelang bulan Ramadhan.

Baca komen netizen tentang isu Chubb-E ini.

“Kau memang nak cari hal danpenyakit. Berani betul ya kau buat muzik video macam ni pula. Betul-betul memalukanlah kau ni.”

“Ini kan Malaysialah. Berani betul buat video macam ni. Memang dah tak ada cara lain ke nak viral dan jadi famous.”

“Makin merapu mereka-mereka ni berkarya. Nak marketing sampaikan tak ada adab dah pun. Budaya agam pun dah kena diketepikan. Bulan Ramadhan pun dah nak dekat.”

Dalam pada itu, dari respon awal yang ditulis penyanyi ini, dia akan mencari individu yang telah sebarkan paparan muzik videonya itu.

“Siapa pandai yang ambil gambar ni, aku cari sampai dapat, kau tunggu, aku cari kau.”

Ini luahan awal dari Chubb-E tentang isu ini melalui Ig story miliknya.

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan rasmi dari Chubb-E. Dikatakan cubaan media untuk mendapatkan kenyataan dari penyanyi ini belum lagi berjawab, kita tunggu saja.