Setelah pelakon remaja Puteri Balqis membuat satu pendedahan tentang perbuatan ayah kandungnya, bernama Azizi, ramai yang mahu kes ini disiasat dengan lebih lanjut.
Namun kes ini tak dapat disiasat sekiranya Puteri Balqis tidak membuat report kepada pihak berkuasa tentang apa yang terjadi atau apa yang dilakukan oleh ayah kandungnya itu.
Akhirnya pada hari Isnin yang lalu, Puteri Balqis memberianikan diri dan telah pun bertindak membuat laporan kepada pihak polis.
Pelakon berkenaan telah membuat report di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, iaitu ACP Wan Azlan Wan Mama.
Puteri Balqis telah hadir ke balai dan membuat laporan sekitar jam 10 setengah malam, pada hari Isnin lepas bersamaan tarikh 5 September.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa Puteri Balqis telah mendakwa bahawa ayah kandungnya telah melakukan perbuatan yang tak elok terhadap dirinya sejak tahun 2013 sampailah tahun 2017.
Selain itu, ayah kandungnya juga didakwa tak menjaga kebajikan diri pelakon berumur 15 tahun itu.
“Report polis tersebut memberitahu bahawa mangsa sering dipertontonkan dengan video dengan kandungan yang tak elok melalui telefon bimbit milik ayah kandungnya.”
Hal berkenaan dilakukan jika ibunya tiada di rumah bermula umurnya enam tahun ketika mereka duduk di Subang Jaya.
“Suspek membuat hal berkenaan terhadap mangsa apabila ibunya tak berada bersama di rumah mereka.”
Kes ini akhirnya berada dalam siasatan pihak berkuasa atas beberapa seksyen kesalahan.
Itulah perkembangan terkini kes melibatkan pelakon Puteri Balqis yang mesra dipanggil dengan nama Aqish.
Puteri Balqis membuat pendedahan tentang sikap ayah kandungnya menerusi satu temubual baru-baru ini yang telah menjadi topik utama portal hiburan tanah air.