“Sekarang musim janda mengawan ke” DS Vida terduduk dengar berita Jasmin Hamid

8,356 views

Kisah perkahwinan pelakon popular, Jasmin Hamid dengan pasangannya bernama Nazmir memang buat ramai terkejut.

Ramai tak sangka, Jasmin Hamid bertemu jodoh dengan pengurusnya sendiri, yang juga 12 tahun lebih muda umurnya.

Menerusi satu laporan Mstar, jutawan Datuk Seri Vida turut melahirkan rasa teruja malah tersentuh hati apabila mengetahui berita perkahwinan berkenaan.

Vida tersentuh hati kerana Jasmin Hamid tak ada menekan suaminya dengan hantaran yang mahal dan ikhlas untuk berkahwin.

“Memang sangat menyentuh hati saya. Sampai terduduk dan termenung lepas baca berita perkahwinan Jasmin Hamid.”

“Sekarang ni musim janda mengawan ke.” Komen Datuk Seri Vida lagi.

“Rasa terharu gembira edngan berita Jasmin nikah PA dia yang jaga Jasmin selama bertahun-tahun. Boleh bayangkan kasih sayang kasih sayang PA tu pada dia, faham tugas, sentiasa bersama dan kini jadi imam pula.”

“Amat bertuah ada orang yang jaga keperluan dan lindungi, semoga bahagia till jannah.”

“Apa lagi yang wanita inginkan melainkan kasih sayang, kesetiaan dan dijaga serta dibimbing.”

“Saya harap masin mulut pengantin baru mendoakan saya agar dapat lelaki kiriman tuhan.”

Untuk info, Jasmin Hamid selamat bergelar isteri kepada Nazmir dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di JAIM.

Jasmin Hamid hanya meminta sepersalinan kelengkapan untuk solat, mas kahwin sebanyak RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Datuk Seri Vida sebelum ini kerana pernah menjalin hubungan dengan bekas pembantu peribadi iaitu Iqbal. Mereka berdua ada merancang untuk berkahwin pada bulan Disember tahun ini. Namun kisah mereka terhenti di tengah jalan setelah Iqbal mengumumkan rancangan untuk berkahwin dibatalkan. Iqbal terus jadi terkenal dan telah membuat satu lagu berjudul hujan.