“Kenapa ramai yang tak suka saya” Baby Shima

3,081 views

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa terkilan apabila secara jujur mendedahkan memang ada begitu ramai orang yang tak berapa suka dengan dirinya.

Baby Shima tertanya, mengapa hal sedemikian terjadi kepada dirinya, dan tak tahu puncanya.

Shima yang kini berumur 28 tahun mengatakan, dia tak pernah pun susahkan orang lain dan menggangu hidup sesiapa termasuk ganggu rumah tangga orang.

Terkesan dengan hal sedemikian, Shima akui tak kuat nak hadapinya lagi.

“Kadangkala saya terfikir juga mengapalah agak ramai yang benci dengan diri saya ni, walhal saya ni mana pernah kacau hidup orang lain, rumah tangga orang, family orang, minta duit mak ayah kamu, tak pernah pun sama sekali.”

“Jujur, secara terus terang saya beritahu bahawa saya dah tak kuat dengan apa yang saya lalui ini. Boleh tak kamu rasa apa yang saya rasa ini.”

Melihat luahan dari Baby Shima itu, ramai rakan artis yang memberi semangat kepaadanya agar jangan mudah putus asa, dan terus kuat.

Antara yang memberi komen ialah Erry Putera, Harry Khalifah, Damian dan Wanie Kayrie.

Kemudian ada beberapa peminat memberi pandangan, jika Shima berubah penampilan, sedikit demi sedikit, mungkin makin ramai yang sayang dan suka.

Azuan Mazlan menulis: “Penyelesaiannya hanya kembali pada agama dan sunnah. Dengan izin Tuhan, akan diberi ketenangan yang dicari.

Safone Achik pula memberi komen: “Hai kak, please secara perlahan ubah penampilan. Nanti mesti ramai orang akan suka punya.

Sebelum ini, Baby Shima akui, sepanjang masuk ke bidang seni, memang lebih ramai orang Malaysia yang memberi komen kurang baik kepada dirinya berbanding negara Indonesia.

Baby Shima memang terkenal di kedua-dua negara ini kerana dia pernah sertai rancangan reality di Malaysia dan Indonesia. Untuk info Baby Shima membawa muzik genre dangdut.