7 Foto: Sweet Qismina selamat bertunang dengan Adam Lee, sepupu Janna Nick

11,320 views

Pelakon cantik dan manis Sweet Qismina kini telah pun selamat bergelar tunangan orang. Sweet Qismina selamat bertunang dengan kekasih hatinya yang juga pelakon iaitu Adam Lee.

Lebih bertambah manis, pasangan ini memilih untuk bertunang di tarikh yang sama dengan hari kelahiran Sweet Qismina yang ke 24 tahun, iaitu tarikh 24 Oktober.

Pertunangan mereka diumumkan menerusi laman Instagram yang mana kedua mereka muatnaik foto sekitar majlis pertunangan.

Menerusi Ig milik Adam Lee, 26 tahun, dia ada membuat ucapan terima kasih kepada semua yang member ucapan tahniah dan tak lupa mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Sweet Qismina.

Terima kasih kepada semua yang wish sempena pertunangan kami, tapi saya nak ucap, happy birthday cik tunang.” Kata Adam Lee kepada Sweet Qismina. Sweet kemudian hanya tersenyum saja melihat gelagat encik tunangnya itu.

Ini mukadimah, kami memang benar-benar bertunang, bukan babak dalam drama.” Jelas pasangan ini lagi.

Dalam pada itu, Sweet dan Adam belum lagi menetukan tarikh pernikahan mereka. “Rancangan seterusnya atau keputusan untuk bernikah masih belum ada lagi. Buat masa sekarang ni kita tunang dulu.

Jom lihat foto pertunangan pasangan ini. Mereka berdua amat secocok mengenakan baju sedondon berwarna biru lembut.

Ini ada lagi beberapa gambarnya.

Di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis tampil memberi cauapan tahniah. Antara rakan artis yang memberi ucapan ialah Eyka Farhana dan Eyra Hazali.

Untuk info semua, pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta setelah bergandingan dalam sebuah naskah berjudul Adam Cempaka sekitar tahun 2019. Bermula dari situ, hubungan mereka dapat di hidu ramai dan mereka pun secara terbuka ada bergambar bersama, tiada menyembunyikan hubungan.

Sweet Qismina membina nama sebagai pelakon sejak dari zaman kanak-kanak lagi, ketika umur 10 tahun, manakala Adam Lee mula masuk ke dunia seni pada umur 19 tahun. Untuk info, Adam Lee merupakan sepupu kepada pelakon terkenal, Janna Nick.

Tahniah di atas pertunangan Sweet Qismina dan Adam Lee.