Ezlynn mahu cari calon isteri untuk suami “Nak cukupkan suami ada empat isteri”

4,660 views

Ezlynn baru saja berkahwin dengan jejaka bernama Wan Mohd Hafizam pada bulan September yang lalu, kini penyanyi ini berkata dia rela bermadu dengan suaminya.

Malah Ezlynn turut menyatakan rasa mashu melengkapkan kuota suaminya yang boleh berkahwin seramai empat isteri.

Ini dilakukan demi mendapatkan saham akhirat kerana dia terlalu sayang dengan suaminya.

“Di dalam agama ianya membolehkan lelaki untuk kahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh saja terus mesej, DM di Instagram.”

“Kita ni hanya hidup sementara, jadi kenalah sentiasa gembira. Mari mengorak langkah menuju ke jannah. Saya angkat sunnah Rasullullah dan yakin mampu hidup bermadu.”

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ezlynn sudah mula mencari calon untuk suaminya dan sudah tanya beberapa orang. Malah ada juga yang dah setuju nak jadi madunya.

“Kini saya masih lagi mencari calon yang paling sesuai untuk dia. Suami memang tahu tentang hal ini sebab saya pun dah bagitahu hajat saya ni, kami dah bincang tentangnya.”

“Saya putuskan mahu mencari madu yang sesuai, baik hati dan sudi terima saya sebagai madu dia. Maksudnya dia kena juga berkahwin dengan saya sekali bukan dengan suami saja. Kerana itu, nanti boleh buat banyak perkara bersama.“

Bagi Ezlynn, kebahagiaan suaminya penting buatnya, dan dia hanya mahu mencari saham akhirat.

“Kebahagian buat suami terlalu penting untuk saya. Di dunia ini saya dah tak nak apa-apa lagi dah. Saya kini mahu cari saham akhirat.”

“Apa yang boleh buat saya dapat redha dari Illahi dan syafaat Rasul, saya akan ikut, ini hadiah untuk suami.”

Ezlynn akui suaminya itu mempunyai kriteria yang amat baik sebagai suami dan juga imam keluarga.

“Saya tertarik kerana hatinya. Suami memang orang yang hebat. Dia seorang yang tak berkira dan banyak tolong orang. Dia tak buat semua itu untuk dunia, tapi lebih kepada untuk akhirat.”

Untuk info, suami Ezlynn iaitu Wan Mohd Hafizam, merupakan penderma hati yang pertama di Malaysia pada tahun 1999.