8 Foto: Raja Ilya selamat lahirkan baby girl, beri nama Talita Love

8,195 views

Bergelar sebagai ibu bapa satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan bagi setiap pasangan suami isteri yang dah berkahwin.

Apatah lagi kehadiran anak sulung, anak pertama, memang memory indah yang tak dapat digambarkan perasaannya.

Kini pengalaman yang amat bermakna ini telah dirasai oleh pelakon Raja Ilya dan juga suaminya Trent Garret.

Raja Ilya dan suami selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada hari Jumaat bersamaa denagn tarikh 1 Julai 2022, di sebuah pusat perubatan di Australia. Mereka menerima kehadiran baby girl.

Sebaik saja melahirkan anak, pelakon berumur 37 tahun ini terus saja muatnaik gambar kenangan terindah itu di laman media sosial miliknya.

Malahan Raja Ilya juga dah membuat pengumuman bahawa nama yang dipilih untuk anak sulung ini ialah Talita Love.

Raja Ilya dan suami turut dah menyediakan platform khas laman anaknya yang, yang menggunakan nama Talita Love.

“Syukur Alhamdulillah bayi perempuan kami dah ada sini, dah selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love. Ini satu magik dan keajaiban buat saya.”

Ilya turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

“Sebelum ini kalau ada yang kata saya akan pregnant, saya hanya akan tergelak, kini saya dah rasai sendiri melahirkan anak bergelar ibu. Memang tak percaya, saya sampai mengalirkan air mata.”

Kini menetap di Australia, Raja Ilyan da Trent Garret memberitahu dia akan pulang membawa baby ke Malaysia apda tahun depan.

“Dah tak sabar rasanya nak bawa baby balik Malaysia kami tahun depan, semua tunggu ye.”

“Jangan lupa boleh ikut laman Instagram anak saya, Talita Love.”

Di ruangan komen, ramai rakan artis yang memberi ucapan tahniah antaranya ialah Erra Fazira, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Tahniah diucapkan kepada Raja Ilya dan suaminya Trent Garret di atas kelahiran anak sulung bernama Talita Love.