“8 tahun diuji dengan sikap baran suami” Pengakuan Lisdawati

2,199 views

Pelakon Lisdawati atau nama penuhnya Nisdawati, 44 tahun, kini dah 15 tahun mendirikan rumah tangga dengan aktor terkenal Fauzi Nawawi. 

Sepanjang 15 tahun berkahwin dah tentunya pelbagai dugaan dan juga cabaran yang hadir, maklumlah bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. 

Sedar suaminya seorang yang cepat baran, Lisdawati akui selama 8 tahun di awal perkahwinan, dia bersabar saja dengan karenah suaminya itu. 

“Syukur sangat kini usia perkahwinan kami dah masuk 15 tahun. Memang adalah pelbagai cabarannya. Saya pun sedar yang suami jenis cepat panas. Oleh itu saya kenalah tahu cara nak handle.” 

“Ketika 8 tahun yang pertama berkahwin, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Namun selepas saya selalu berdoa, kini dia memang banyak berubah.” 

Setelah selalu memohon dan berdoa, kini Fauzi Nawawi dah berubah dan berbeza. 

“Doa seorang isteri adalah yang terbaik. Kini pun suami saya lebih cool. Sikit-sikit tu ada dan biasalah. Kalau tanya saya, dah lebih 70 peratus sikap suami telah berubah daripada seorang yang baran, jadi lebih tenang sekarang ni.” 

“Saya tak boleh ubah diri suami 100 peratus kerana saya ni pun ada kekurangan. Yang paling penting kami saling menerima antara satu sama lain.” 

Satu lagi pendedahan dari Lisdawati ialah, jika mereka berdua ada pertelingkahan, selalunya lebih banyak berbincang melalui mesej dan juga whatsapp. 

“Dari dulu kami memang tak bincang depan-depan kalau berlaku salah faham. Jika ada saja masalah, kami akan berbincang secara mesej dan melalui WhatsApp.” 

“Cuba nak elak pertelingkahan secara lisan dan lidah kerana khuatir takut akan ada hal di luar jangkaan. Sampai sekarang kami buat cara macam ni.” 

“Selepas hati dah sejuk, barulah saya dan suami jumpa bersemuka untuk bincang dan saling bermaafan.” 

Itulah pendedahan dari Lisdawati tentang suaminya Fauzi Nawawi seperti dilaporkan Kosmo.