Azhar Sulaiman, 51 tahun, satu nama yang cukup besar sebagai pelakon. Dulu menjadi hero pujaan ramai dan sehingga kini masih lagi relevant dan maitain sebagai pelakon yang masih aktif sungguhpun usia dah masuk 50 series.
Sebagai seorang selebriti, bukan saja dirinya yang dapat tumpuan, anak-anaknya juga seringkali menjadi bualan ramai.
Ini terutama anak perempuannya bernama Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona.
Namun kali ini bukan berkisah Leona tetapi kakaknya iaitu Kasih atau nama penuhnya Kasih Leia Ixora.
Kasih telah mengadakan satu perjumpaan atau parti untuk rakan-rakannya baru-baru ini, yang diadakan di rumahnya.
Walaupun hanya rakan perempuan saja, Azhar Sulaiman akui pening kepala yang pantau anaknya ini.
Azhar Sulaiman telah upload video sekitar parti makan-makan anak perempuannya itu yang memperlihatkan Kasih bersama beberapa rakan sedang bermain dan makan-makan di rumahnya sambil memasang muzik.
Dari caption Azhar Sulaiman berkata isterinya tak ada dan dialah yang kena pantau.
“Apabila Kasih buat parti untuk rakan perempuan di rumah. Ni bila maknya tiada. Memang penatlah saya nak kena monitor dan pantau. Ini yang pertama dan terakhir ye Kasih.”
Walaupun hanya perempuan saja yang hadir, ramai netizen yang memberi pendapat masing-masing.
Antaranya ramai yang menyatakan lebih baik buat makan-makan di rumah berbanding buat parti di luar yang tak tahu keadaannya.
“Okey la ni, buat kat rumah, tak ada lelaki, semua perempuan.
“Buat di rumah okey saja, ayahnya boleh lah tengok-tengok kan nak pantau.”
Ada juga yang memberi komen persoal pakaian gadis-gadis berkenaan terutama di depan Azhar Sulaiman.
“Pakai seperti tu depan ayah kawan, tak rasa janggal ke.” Tulis seorang netizen.
Apapun, lebih ramai yang setuju anaknya buat parti di rumah berbanding di tempat lain kerana at least ada orang tua yang memerhati jadi tak ada lah hal yang bukan-bukan dibuat.