Bekas adik ipar dedah perangai Fiza, dilabel pemecah belah keluarga

3,472 views

Minggu lalu selebriti Fiza bekas penyanyi dari kumpulan Elite ada menyatakan dirinya telah dilamar oleh seorang lelaki berstatus VIP.

Semalam, telah gempar di media sosial apabila adik kepada bekas suaminya yang ketiga iaitu pilot Aizat Al Jefri telah mendedahkan perangai bekas kakak iparnya itu.

Bekas adik ipar Fiza bernama Afrina Farzana telah mendedahkan sisi Fiza yang ramai tak tahu setelah bergelar isteri kepada abangnya.

Malahan sebelum kahwin lagi, Afrina melabel Fiza sebagai kaki sondol kerana dikatakan menjadi pemusnah perkahwinan abangnya dengan isteri terdahulu.

Luahan dari Afrina Farzana ini dibuat melalui laman Twitter miliknya.

Pertamanya Afrina mendedahkan Fiza dan abangnya mula bercinta ketika abangnya itu masih lagi suami orang.

Malah Fiza dan Aizat dikhabar telah berkahwin secara senyap-senyap sekitar tahun 2017. Family Afrina Farzana amat terkejut.

Kemudian, Afrina bercerita tentang sikap Fiza yang menunjukkan perangainya yang sebenar iaitu ketika Aizat telah jatuh sakit dan tak boleh kerja selama 3 bulan.

Jelas Afrina, Fiza dilihat ada berkata dengan perkataan yang tak sesuai, contohnya bila Aizat tak kerja maka mereka hanya boleh makan pasir. Selain itu Afrina ada menyatakan Fiza melabel abangnya sebagai busuk, ketika sedang sakit itu.

Baru berkahwin, Afrina turut mengatakan Fiza selalu cakap perkara yang bukan-bukan selain terlalu insecure dengan bekas isteri Aizat.

Setelah lima bulan berumahtangga, hubungan antara Fiza dan Aizat dikatakan retak. Semua nampak jelas apabila Aizat secara tiba-tiba oergi bercuti bersama keluarganya tanpa kehadiran Fiza.

Selepas saja pulang bercuti dari Korea, Aizat pulang ke pangkuan Fiza namun menghilangkan diri dengan family.

Malahan anak Aizat dengan bekas isteri pertama amat rindu dengan ayahnya namun tak berjumpa.

Setahun hilangkan diri, family nya akhirnya baru dapat tahu Fiza dah pun selamat melahirkan anak pertama mereka sebagai suami isteri. Itu pun tak diberitahu family nya.

Kemudian selepas setahun lebih, akhirnya Aizat hubungi ibunya untuk jumpa, namun kata Afrina ianya sebab abangnya tu dah downgrade dari captain pilot kepada co pilot.

Ada satu kisah juga yang mana pada tahun 2020, Fiza dikatakan ada menuduh ibu mertuanya itu cuba untuk menyihirnya melalui hadiah.

Walhal kata Afrina, hadiah tu baru dibeli di kedai Pavillion pada hari yang sama sebelum datang ke rumah mereka. Mana logiknya sempat nak kononnya hantar ilmu hitam padanya.

Yang lebih membuat Afrina sakit hati, walaupun dah tuduh macam-macam, bila susah, Fiza juga ada mencari ibu mertuanya minta bantuan.

Sehingga kini Fiza dilihat tak ada beri sebarang kenyataan berhubungan pendedahan dari bekas adik iparnya, Afrina Farzana. Kita tunggu kenyataan dari Fiza nanti.