TMJ nak jumpa 779 guru di Johor yang tak mahu vaksin

2,233 views

Sepanjang adanya pandemic ini, antara perubahan paling ketara ialah penutupan sekolah. Para murid kini hanya bersekolah dari rumah saja melalui PDPR.

Hal ini untuk membendung penularan wabak kepada kanak-kanak apatah lagi murid sekolah rendah yang mungkin sukar mematuhi SOP seperti sentuh rakan-rakan dan penjarakkan sosial satu meter, kerana diketahui mereka suka untuk bermain dengan rakan-rakan.

Kini, ada aura-ura mengatakan bahawa sekolah munkmin akan dibuka secara berperingkat dan yang penting adalah untuk memastikan guru-guru menerima suntikan vaksin.

Namun yang mengejutkan, menerusi laporan dari portal Harian Metro, dilaporkan serasmai 779 orang guru di negeri Johor menolak untuk mengamb il vaksin. Mereka memberi banyak alasan dan sebab-sebab yang pelbagai.

Hal ini mendapat perhatian warganet, ada ada pihak yang meminta Tunku Mahkota Johor atau TMJ untuk perhatikan isu ini.

Harap TMJ akan sound mereka semua ni” Tulis seorang pengguna Twitter yang turut tag nama akaun rasmi TMJ.

Melihat betapa serious isu ini, TMJ akhirnya reply kembali tweet tersebut. Jelas TMj dia akan jumpa pihak pengarah kementerian pendidikan dan juga guru-guru berkenaan.

Saya sendiri akan berjumpa dengan pihak Pengarah Kementerian Pendidikan Negeri Johor dan juga semua guru terbabit. Perjumpaan akan dibuat dalam masa yang terdekat ini. Keutamaan kami adalah nak atasi pandemic ini dengan secepatnya kerana rakyat semua dan juga negeri dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sebelum ini, Adun Puteri Wangsa di negeri Johor iaitu Mazlan Bujang ada berkata pihak kerajaan akan berjumpa dengan semua cikgu-cikgu yang tak mahu menerima suntikan vaksin itu.

Kerajaan Johor akan panggil semua 779 guru yang dah tolak vaksin secara individu untuk menerangkan kepada mereka agar faham kepentingan vaksin apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka pada bulan Oktober depan.