“Ada yang malu kena perlekeh sebab bersalin secara pembedahan” Ayda Jebat jawab isu ini

15,152 views

Ayda Jebat baru saja mengumumkan bahawa dia akan bersalin secara pembedahan caesarean section untuk anak pertamanya ini.

Jelasnya bukannya ada sebarang punca pun untuk dia memilih untuk pembedahan malah Ayda menyatakan ianya memang dirancang sebelum hamil lagi.

Pelakon dan penyanyi ini juga telah menyatakan pilihan untuk bersalin secara pembedahan kepada suaminya Nabil Mahir.

Sebenarnya, sebelum kahwin dulupun saya dah cakap kat Nabil, jika ada rezeki anak, saya mahu bersalin secara pembedahan.

Nabil okay saja. Saya memang tak ada sebarang alasan pun, tapi memang saya nak bersalin menerusi pembedahan.

Doktor pun ada tanya pada saya tentang hal ini, dan saya tetap beri jawapan saya. Sungguhpun tiada alasan untuk buat pembedahan. Apa yang penting, bayi sihat, dan diri saya pun sihat.

Kenyataan Ayda Jebat untuk membuat pembedahan untuk melahirkan anak pertamanya ini mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.

Ada yang mempersoalkan kenapa perlu buat operation sekiranya tiada sebab, kerana adalah lebih baik untuk bersalin secara normal.

Tuan punya badan tampil memberi responnya tentang hal ini.

Terima kasih yang beri ucapan untuk saya dan baby. Saya meamng ada baca banyak komen dari page tentang pembedahan.

Ada yang kata buat pembedahan caesarean untuk lahirkan anak, tak real lah jadi ibu. Ada yang kata seperti ini, macam mana nak jadi mak, kalau beranak pun nak operate.

Selain itu ada juga yang kata kalau operate tak keluar susu, tak ada susu ibu dan ada yang menggelar anak keluar ikut tingkap, malunya dan banyak lagi.

Tapi saya tak mahulah cakap pasal isu ni, saya nak sebarkan benda yang baik dan positif saja.

Ayda Jebat juga menyatakan tak perlu malu untuk melahirkan anak secara pembedahan.

Kepada ibu yang dah pilih nak bedah ataupun memang kena operate sebab hal kesihatan, do not be shy, jangan nak sedih-sedih. Ada yang sampai nak rahsia sebab malu takut kena gelak dan diperlekeh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macam ni.

Lahirkan anak secara normal atau operation caesarean section, tujuannya sama, supaya ibu dan anak dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan sihat. Doa yang baik-baik.

Keluar mana pun, menyusu ibu atau tak, ada stretch marks ke tak,kamu semua masih lagi bergelar sebagai ibu, the real one, tak kiralah apapun.

Itulah komen dari Ayda Jebat menerusi satu caption yang ditulis menerusi ruang laman Instagram miliknya.