Ali XPDC kena lagi, terus picit butang kecemasan minta bantuan

5,736 views

Penyanyi rock Ali dari kumpulan lagenda XPDC kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah disahkan terkena serangan sakit jantung semalam.

Ali yang kini berumur 53 tahun memberitahu dia mulanya mahu buat pemeriksaan saja, namun ternyata doktor meminta untuk beliau membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

Saya ingatkan mahu buat pemeriksaan biasa saja, namun saya terus kena tahan dan dimasukkan ke dalam wad.

Malah ketika dalam wad, Ali akui dia terkena satu serangan. Ali mula rasa dadanya amat sesak dan sukar bernafas seakan kena tekan dan tercekik. Ketika itu Ali lantas meminta bantuan.

Ali menyatakan ketika itu, dia terus tekan dan picit butang kecemasan di katil dan segera didatangi nurse dan pegawai perubatan yang bertugas.

Semalam saya kena serangan jantung lagi dengan tiba-tiba. Rasa macam nak gone (meninggal) dah. Syukur alhamdulillah saya kat sini masa kena tu, kalau kena di rumah panik juga.

Kini Ali sudah stabil semula dan masih dalam pemantauan pihak doktor.

Sekarang saya ni dalam perhatian dan dirawat oleh pegawai perubatan. Minta semua dapat doakan saya kembali sembuh. Saya kena ambil ubat dengan betul, selain kena rehat dan kurangkan pergerakan.

Sebelum ini, Ali mengatakan dia ada pergi berubat kampung dan juga ada buat rawatan dari hospital.

Sebenarnya saya ada buat rawatan kampung, namun begitu rawatan hospital pun buat juga. Saya memang dah jangka kalau pergi hospital untuk buat check up, saya mesti kena tahan.

Ali mula ada rasa semput sejak empat hari lepas dan pergi buat check up di PPUM sebelum dimasukkan ke wad di hospital.

Pada awal tahun 2021, Ali XPDC pernah dimasukkan ke Hospital Shah Alam kerana mengadu sukar bernafas dan disahkan mempunyai masalah di bahagian jantung.