Pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu akui memang masih teringat-ingat dan rindu dengan arwah isterinya Siti Sarah.
Sudah tiga bulan atau lebih tepat 100 hari pergi dari dunia ini, Shuib masih belum boleh move on sepenuhnya.
Shuib akui memang mudah menitiskan air mata sekiranya teringat atau terkenang dengan arwah isterinya itu.
“Hari ini dah genap 100 hari pemergian isteri saya Siti Sarah. Anak-anak semua okay tapi adalah sesekali mereka akan cakap tentang mak mereka yang dah tiada.”
“Tapi saya pula memang amat rindu. Perasaan itu masih tak boleh nak move on dan saya mudah menangis kalau tiba-tiba teringat dia.”
“Saya cuba untuk move on, namun perasaan saya pada dia selalu saja ada. Contoh kalau tengok anak-anak, saya akan ingat dia.”
Shuib menambah dia tak peduli dengan kata-kata orang lain kalau ada yang bercakap dia masih tak boleh nak move on.
“Tidak berani nak cakap bila saya akan move on. Dan saya tak hairan pun orang nak cakap apa pasal saya tu. Masing-masing ada jalan ceritanya sendiri. Itu hak saya untuk selalu ingat pada dia. Semua ada kehidupan tersendiri.”
Semalam, setelah 100 hari pemergian Siti Sarah, telah diadakan majlis tahlil untuk arwah dan juga majlis tahnik, cukur jambul anak bongsu baby Ayash Affan.
Kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba membuatkan Shuib dilihat susut beratnya, dan dia akui memang kurang berselera untuk makan.
“Ya saya kini kurang makan sebab tak lalu sangat. Dah tiga bulan saya tak ada selera makan. Kalau dengan arwah dulu, dia memang suka makan. Oleh itu, saya menolak, kalau, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang saya hanya makan bila saya rasa lapar. Itu yang badan dah susut sikit.”
Selain itu, impian Shuib untuk bermimpi arwah isterinya masih belum tercapai. Hanya anak ketiga, Matin saja yang pernah bermimpi arwah ibunya itu.