Asyik tayang pakaian terdedah, aksi manja, Elizabeth Tan dah minta izin suami

6,498 views

Penyanyi dan Elizabeth Tan selalu saja jadi tumpuan para follower apabila post sesuatu di laman media sosial.

Dari video sedang memasak, membalut diri sebagai hadiah, aktiviti sedang panjat gunung, sedang bersenam, main skateboard, potong rambut, menumbuk pokok pisang, memang banyak video Elizabeth Tan yang menjadi viral.

Akan tetapi, setiap post nya itu pasti mengundang komen yang kurang enak dibaca.

Walaupun dia bukannya beragama Muslim, tetapi setiap post nya ada saja yang kurang gemar kerana dikatakan tidak sesuai ditonton terutama dari segi pakaian yang terdedah.

Elizabeth Tan yang lebih mesra dipanggil Lizzy berkata, sebenarnya dia telah pun meminta izin dari tiga individu penting dalam hidupnya, sebelum nak post sesuatu di laman media sosial.

Setiap content dan isi video akan ditanyakan kepada suami, ibu dan juga manager.

Ini untuk memastikan tiada isu yang timbul selepas dia post sebarang content. Lizzy juga tak mahu mencalarkan imejnya.

“Saya akan tanya kepada suami saya, my manager dan juga ibu saya. Inilah tiga individu yang saya akan minta kebenaran sebelum post sesuatu.”

Tentang begitu banyak komen kurang baik serta kritikan dari sesetengah pihak tentang isi kandungan video yang ditayangkan, jelas Elizabeth Tan, dia tidak ambil peduli sangat tentang hal berkenaan. Apatah lagi, yang rakam selalunya suaminya sendiri.

“Saya pun tak tahulah, tak apa, ikut merekalah nak cakap apa. Yang rakam selalunya pun suami saya.”

“Jikalau suami saya pun dah beri kebenaran untuk upload, saya rasa tak ada sebarang isu lah. Jika mereka yang ada isu, maknanya itu isu mereka lah.” Jelas Lizzy sambil tersnyum dan ketawa kecil.

Elizabeth Tan yang terkenal dengan lagu seperti Knock Knock, Semua Sudah dan Police Entry, sering menerima komen kurang baik tentang videonya kerana dikatakan menampilkan aksi yang berpakaian terdedah dan manja.