Bella Astillah dah bayar tiket konsert Justin Bieber RM6ribu, tetapi tiba-tiba terbatal

23,574 views

Justin Bieber merupakan satu fenomena yang tak dapat di sangkal lagi. Penyanyi ini memiliki aura tersendiri dan mempunyai berjuta-juta fans diseluruh dunia.

Kepada peminat Justin Bieber di tanah air, sudah tentu mereka semua tak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert Justin Bieber yang akan berlangsung di Malaysia.

Antara peminat yang mahu menonton konsert Justin Bieber termasuklah Bella Astillah.

Isteri kepada Aliff Aziz antara jutaan peminat penyanyi antarabangsa Justin Bieber yang merebut untuk membeli tiket dan mahu pergi ke konsert Justin Bieber.

Namun begitu, Bella Astillah meluahkan rasa sesal setelah pembelian tiketnya telah alami sedikit masalah.

Dari apa yang diceritakan oleh Bella, dia beratur dan membeli tiket mengikut procedure yang ditetapkan pihak penganjur.

Kemudian Bella telahpun membayar harga tiket secara totalnya sebanyak RM6286.

Namun secara tiba-tiba, Bella mendapati pembelian tiket itu telah terbatal dengan sendiri walaupun dia dah bayar.

“Saya rasa ramai antara anda yang dah beli tiket, termasuk saya pernah mengalami isu ini, ianya amat mengecewakan. Payment dah buat tetapi telah terbatal tanpa sebab yang nyata. Saya pun dah tunggu dab beratur macam orang lain juga.”

“Email pun dah hantar, try telefon dan hantar mesej, tapi tergantung tanpa sebab. Tak ada sebarang update.”

“Kata pihak bank, payment ni dah approved, tetapi pihak management pula yang pulangkan semula. Sila berikan semula tiket saya, jangan kecewakan saya.”

Ini luahan hati dari Bella Astillah tentang isu ini.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan apa yang berlaku adalah kesilapan dari pihak pengurusan, dikatakan siapa yang beli tiket itu, dah selamat memilikinya. Mungkin kesilapan dari segi email.

Untuk info semua, penyanyi Justin Bieber mengadakan konsert buat pertama kalinya di negara ini, di Stadium Negara pada tarikh 22 Oktober. Pihak pengurusan mengesahkan bahawa tiket konsert itu telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.