Sudah empat tahun pelakon Nazim Othman berpisah dengan bekas isterinya dan bergelar duda.
Agak lama hidup solo, Nazim mengatakan dia tak pernah menutup pintu hatinya untuk berumah tangga sekali lagi. Namun katanya, mungkin jodoh yang dicari masih belum tiba lagi untuk dirinya.
Melalui laporan Kosmo, Nazim menyatakan tak semestinya kalau hidup solo itu, maknanya dirinya sunyi.
“Rasanya, memang dah agak lama saya ni masih single. Sebenarnya, ini merupakan tempoh paling lama setakat ini, saya single.”
“Bukannya sebab tak mahu kahwin, tetapi sekarang ni, saya ada dunia saya sendiri. Saya juga pernah berada dalam fasa berdepan dengan situasi yang tak berapa best semasa membesar.”
“Oleh itu, sekarang saya memang suka hidup sendiri. Namun, tak bermaknalah jika seseorang itu sendirian, maknanya dia dalam kesunyian.”
Nazim Othman melabel diri sendiri sebagai individu yang introvert.
“Saya tak kisah sangat pun, kalau ada, kalau tiada orang pun, saya okey je. Itulah caranya orang introvert berfungsi, termasuklah diri saya ni.”
“Memang sekarang ni, saya tak ada siapa-siapa. Pernah dulu lepas baru berpisah dulu, ingat akan terbuka hati nak cari pengganti namun tiada calon yang saya jumpai.”
“Sampaikan saya ada tanya pada kawan-kawan kalau mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan diri saya. Sampai tahap macam tu sekali.”
“Apapun, Tuhan belum hadirkan sesiap untuk diri saya, sekarang ni. Tak apa, ada banyak benda penting yang boleh buat dalam hidup selain cari pasangan.”
Untuk info, Nazim pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally namun hubungan mereka terlerai.
Tentang perkembangan dunia lakonan, Nazim Othman kini tampil dalam sebuah naskah berjudul Kuasa yang ditayangkan di Astro.