Melihat kecantikkan yang dimiliki oleh pelakon Maria Farida, mungkin ramai yang terpegun kerana di usianya yang kini dah masuk 53 tahun, wajahnya bagai tak dimamah usia.
Jika bertemu dengan tuan punya badan ini, sudah tentu orag akan ingat Maria Farida ini belum masuk 50 siri umurnya, nampak 20 tahun lebih muda.
Hal ini diakui oleh Matria Farida kerana dia memang seringkali menerima soalan dari orang ramai.
Soalan wajib yang selalu saja diterima olehnya ialah bagaimana dia nampak begitu muda, dan tentu mahu tahu cara dia terus nampak muda.
“Memang hari-hari orang akan tanya sampaikan saya ni tak tahu nak jawab macam mana dah sebenarnya.”
Maria Farida akui, dia tak ada pun cara yang spesifik untuk kelihatan awet muda, sebaliknya hidup dengan penuh tenang dan memilih daya serta tenaga yang positif saja.
Dalam pada itu, Maria turut menyatakan dia mempunyai genetic yang baik dan ianya satu anugerah dari Illahi.
“Sebenarnya saya tak ada menjaga sangat pun. Cumanya saya rasa bertuah sebab saya ni mungkin ada genetik yang baik daripada family saya. Sejujurnya saya ni tak berapa nak ambil apa-apa pun, contoh produk untuk kelihatan muda atau sebagainya.”
“Saya jalani hidup yang sihat, jaga kesihatan dan jadi orang yang amalkan kehidupan yang positif.”
“Selain itu, mungkin juga saya ada genetic awet muda ni dari ibu saya. Umur ibu saya dah 70 tahun, tapi orang ramai juga nampak dia ni muda berbanding umur betulnya.”
Maria Farida menyambut ulang tahun yang ke 52 tahun di pada bulan Mac yang lepas, dan dia bersyuku rmemiliki family yang baik dan kesihatan yang terjaga.
Untuk hari raya tahun ini, Maria Farida dan keluarga turut menyambutnya secara sederhana saja memandangkan masih lagi ada risikonya.
“Raya tahun ni kami sekeluarga sambut secara sederhana saja kerana kita pun tahu, Covid ni masih lagi belum reda. Tak ada open house, tapi hanya untuk keluarga saja.”
Maria Farida akui masih berhati hati dan berwaspada agar terhindar dari dijangkiti dan hanya keluar bila perlu saja.