Akhirnya Prof Dr Ridhuan Tee bersuara isu video anaknya buat perbuatan tak elok

6,113 views

Sebelum ini ada kisah yang menyatakan tentang anak kepada penceramah terkenal ada buat aksi yang keterlaluan dengan seornag wanita dikatakan kekasihnya.

Penceramah berkenaan ialah Prof Dr Ridhuan Teee, yang mana anaknya ialah Syafi Tee, pelakon baru yang sednag meningkat naik namanya.

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Ridhuan Tee tampil memberi kenyataan tentang isu ini.

Kerana isu ini sedang heboh, ramai yang mencari Ridhuan Tee untuk mendapatkan keterangan, namun kerana busy dengan kerja, penceramah ini memohon maaf sebab tidak dapat memberi kenyataan dengan cepat.

“Beberapa hari ini dah heboh tentang cerita anak saya dan dah tentu nama saya turut dibabitkan sekali. Minta maaf, atas kesibukan tugas seharian, saya tak dapat nak berikan kenyataan dengan cepat.”

“Saya tetap rasa bersyukur dan ucap terima kasih kepada semua yang ambil berat. Memang ramai yang sayang saya dan family saya.”

Prof Ridhuan Tee akui ada yang tetap memberi sokongan dank omen yang baik tetapi ada juga yang bersorak dengan berita yang melibatkan anaknya itu.

Namun Ridhuan Tee tetap akan menjalankan tanggungjawabnya menyebarkan dakwah.

“Saya akan tetap jalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar sungguhpun ianya terjadi kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita hendaklah diselamatkan sungguhpun ianya anak sendiri.”

“Memang betul, iman tak akan dapat diwarisi. Ianya tak dapat dijual beli. Semoga hal ini tak terjadi kepada kalian semua.”

“Benar saya akui saya ada kelemahan dan tidaklah sempurna. Sedangkan Nabi Nuh pun tak mampu nak selamatkan anaknya, apatah lagi diri saya.”

“Saya dah buat yang terbaik untuk semua anak saya ada enam orang anak. Selebihnya saya hanya serah dan pasrah saja.”

Tentang penglibatan Syafi dalam dunia seni, sebagai ayah dia dah menasihatinya.

“Saya menceburi bidang seni sejak menjadi mualaf lebih 30 tahun lepas. Bezanya seni saya adalah seni ilmuan, manakala anak memilih seni dalam bentuk hiburan.”

“Ujian datang dan pergi. Semakin kita terima ujian, kita akan jadi semakin kuat, bukan jadi lemah. Jangan sebab ujian ini, kita kecewa dan tak jalan tanggungjawab.”

Itulah komen dari Prof Ridhuan Tee tentang kes anaknya Syafi Tee.