Mesti ramai yang dah kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli. Anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini memang terkenal sebab seringkali menimbulkan isu di laman media sosial miliknya.
Bergelar ahli perniagaan, Liana Rosli boleh dikatakan amat berjaya, dan baru-baru ini telah berjaya membeli rumah lot banglo.
Liana Rosli telah muatnaik pembelian rumahnya itu di media sosial, namun ternyata ramai pula yang dilihat memberi komen yang tidak positif.
Ada yang berkata, Liana Rosli sengaja nak pamerkan kemewahan yang dimilikinya kepada umum.
Namun katanya, dia hanya mahu beri inspirasi kepad orang lain saja.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan sentiasa dengar doa saya. Jika selalu buat baik dah tentu ada rezeki.”
“Kalau ada yang tak suka tengok video saya itu, tutup saja media sosial. Sejujurnya saya tayang tu bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi nak bagi inspirasi kepada orang lain agar usaha kuat lagi untuk dapat apa yang diidamkan.”
“Kenalah tengok dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran, bukan hanya cakap kosong saja.”
“Usahawan macam saya ini memang selalu saja jadi bahan. Apapun, saya kisahlah apa orang nak cakap, saya pun ambil yang positif saja. Jika orang berkata tentang saya, lagi ramai yang tahu apa yang saya niagakan.”
Bagi Liana Rosli, orang yang selalu berkata hal yang tak baik ni merupakan ornag yang mempunyai sifat iri hati.
Berkenaan banglo mewah yang dimiliknya itu, ianya terletak di Ampang, dan nilai rumah dan tanah berharga RM5 juta.
Proses pembelian rumah berkenaan sudah dimulakan dari tahun lalu dan akhirnya baru dapat kunci semalam.
Liana atau Kak KM juga akan buat renovation sebelum duduk di rumah tersebut.
“Saya nak renovate, runtuhkan sikit rumah tu dan akan bina sebuah rumah baru. Saya tak berapa suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.”
“Plan nak bina rumah dua tingkat dan ada swimming pool. Paling penting rumah itu selesa untuk kami sekeluarga.”
Tahniah buat Liana Rosli kerana berjaya miliki rumah agam.