“Hal keluarga, rumah tangga, tak payah cerita kat orang lain” ~ Ashraf Muslim

1,545 views

Pelakon Ashraf Muslim telah memberi pandangannya tentang kisah rumah tangga. Jelas pelakon berumur 40 tahun ini, dia rasakan, adalah lebih baik untuk tidak terlalu bercerita tentang kisah rumah tangga di laman media sosial.

“Pada pendapat saya hal macam ni, hal yang melibatkan keluarga, baiknya kita simpan untuk diri sendiri sajalah.”

“Jika kita asyik nak beritahu atau cerita pada orang, kadangkala kita terbuka aib kita sendiri. Kita terlupa tentang itu.”

“Oleh itu, senang ceritalah, kebahagian diri kita, kesusahan dalam keluarga kita, apa saja hubungan dalam keluarga kita, tak perlu nak beritahu orang lain.”

“Biar kita saja simpan, selesaikan isu berkenaan. Sebab takut pula nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita pun tak tahu akan datang.”

Tentang komen-komen pedas yang sering ditulis oleh netizen atau orang ramai, Ashraf Muslim merasakan hal itu perlu dielakkan dan lebih baik mendoakan saja.

“Jangan kita ni asyik mahu mengecam saja. Sebaliknya lagi bagus berdoa, cakap dengan benda yang baik-baik.”

“Ini kerana kita tak tahu, kadangkala apa yang ditulis atau diungkapkan itu boleh jadi satu doa juga. Khuatir nanti akan berbalik pada diri sendiri. Kita lupa benda tu.”

“Jikalau nak menegur pun, kena buat dengan cara berhemah, jangan sampai buat orang lain tersinggung.”

Ditanya kisah ketika di peringkat awal proses hidup berkahwin dua, Ashraf Muslim akui ia bukan sesuatu yang mudah.

“Sukar, memang diri ini kena tenang, dan banyak sabar. Buat keputusan betul-betul. Jika tak tenang, tak sabar,nanti akan buat keputusan yang tak bagus dibuat.”

Ashraf Muslim kini bahagia dengan dua isterinya Dr Noor Dayana dan Wan Sakinah dan mempunyai empat orang anak hasil kedua dua perkahwinan tersebut.