Selama sebelas tahun berkahwin tanpa kehadiran cahaya mata, pasangan selebriti Noh Salleh, 37 tahun, dan isterinya, Mizz Nina, 42 tahun, mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.
Dengan kehadiran anak angkat bernama Baby Musa pada Mac lepas, rumah tanga yang dibina mereka berdua bagaikan sudah lengkap.
Berbicara tentang Mizz Nina, Noh memberitahu bahawa isterinya itu memang banyak mengajarnya erti kehidupan. Ini komen Noh kepada Berita Harian.
“Lumrah hidup ini memang ada turun dan naiknya. Namun, saya pernah cakap kepada Nina pada awal perkahwinan, saya mungkin tidak berharta. Namun, jika nak mencari suami yang boleh menjaga dan membimbing ke jalan Illahi, saya boleh lakukan.”
“Ungkapan ini macam satu azimat malah ianya membentuk saya dan Nina pada hari ini.”
“Ada masa saya pun terleka tetapi, Nina dalam fasa penghijrahan ketika itu menarik saya untuk mendapatkan keredaan Allah bersama-sama.”
Noh amat kagum dnegan perubahan Mizz Nina.
“Nina sanggup tinggalkan dunia seni untuk mencari keredaan Allah. Memang satu pengorbanannya yang amat besar. Kami saling menyokong dan bahagia bersama.”
“Saya sedar kalau bertemu orang yang boleh menjadikan kita muslim serta muslimah yang lebih baik, jangan sesekali melepaskannya.”
Noh akui memang ada yang berkata kisah mereka umpama cinta dua darjat.
“Di awal perkahwinan, ada beranggapan cinta kami ni umpama dua darjat. Nina dari keluarga berada, dan saya pula sebaliknya.”
“Tapi Nina bukan jenis memandang kebendaan, bahkan, dia terima saya seadanya. Memang benar, perubahan Nina banyak menjentik diri saya ini.”
“Perbuatan Nina beristiqamah sampai tinggalkan dunia seni yang dicintai juga amat besar.”
Kata Noh lagi, isterinya seorang yang direct dan tegas.
“Kalau ada yang tak suka, Nina akan cakap saja dengan jujur, begitu juga sebaliknya. Nina tak akan membiarkan dirinya diperkotak katikkan, sama maca saya sendiri. Dia tegas dalam menjaga diri dan mempunyai pegangan kuat terhadap apa yang dipercayai.”
Kata Noh, kehadiran baby Musa merupakan satu tanggungjawab yang hebat.
“Dengan kehadiran Baby Musa ianya merubah kehidupan kami, tanggungjawab kami dah jadi lebih besar. Dulu saya ada berdepan tekanan jika diajukan soal cahaya mata.”
“Akhirnya ada jalan untuk dapat cahaya mata. Kehadiran baby Musa merupakan pelengkap kasih sayang saya dan Nina.”
Tentang pendirian untuk tak tayang wajah Musa, ini jawapan Noh.
“Sampai sekarang kami belum sedia nak mendedahkan wajah Baby Musa. Siapa tahu, pendirian ini akan berubah kelak.”
“Saya dan Nina nak nikmati moment kami bertiga. Baby Musa semakin membesar dan bijak.”
“Memang betul kata orang, kalau dah ada anak kita akan rindu dan cepat saja nak balik ke rumah. Itulah yang saya dan Nina rasa, terutama Nina, memang tak berenggang dengan baby Musa.”
Dalam pada itu Noh Hujan memberitahu, dia kini busy dengan kerja dan akan tampil membuat pelbagai persembahan nyanyian.