Ramai yang terkejut apabila pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki dan Maria Christina Orow Abdullah kini disahkan bukan lagi suami isteri.
Perkahwinan yang dibina selama 25 tahun akhirnya telah berakhir. Maria sendiri telah membuat pengumuman tentang hal ini kerana pada bulan Julai ini sudah tamat lah tempoh edah buat dirinya.
Pasangan ini sebenarnya sudah pun terputusa ikatakan suami isteri sejak bulan April yang lepas, dalam bulan Ramadhan.
Kata Maria, hubungan antara dirinya dan Afdlin Shauki mula bermasalah ketika adanya perintah kawalan pergerakkan, ketika berlakunya pandemic.
“Tinggal beberapa bulan lagi untuk kami menyambut annversary ke 25 kami. Akan tetapi, akhirnya, saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami berpisah pada bulan April lepas.”
“Keputusan ini dibuat begitu pantas. Mungkin sebab ianya dah tak boleh nak dielakkan lagi.”
“Apapun, kami tak melihat perpisahan ini menjadi titik pengakhiran kepada hubungan kami.”
“Saya membuat pengumuman ini sebab pada bulan ini, bulan Julai, maka dah cukup tempoh edah saya selepas berpisah selama tiga bulan.”
Maria akui, dia dan Afdlin melalui fasa yang sukar di sepanjang tempoh pandemic yang melanda.
“Sama-sama besarkan anak-anak, family dan bekerjasama untuk syarikat, kami mula buat keputusan secara individu lantas beri kesan kepada hubungan ini.”
“Semasa pandemik, hidup kami mula dah berubah. Kami cuba nak pulihkan keadaan, tetapi tak yang diharapkan kerana dah tak ada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.”
“Perpisahan ini berlaku dengan berperingkat setelah kami masing-masing mula membuat keputusan secara personal dan sendirian.”
Namun begitu, Maria memberitahu dia dan Afdlin Shauki akan bersahabat demi anak-anak mereka.
Sementara itu, ini pula komen dari Afdlin Shauki tentang perpisahan ini.
“Ini adalah takdir yang ditentukan Illahi. Tak ada siapa yang nak hubungan rumah tangga berakhir macam ni.”
“Saya dah cuba yang terbaik untuk teruskan hidup demi anak-anak supaya mereka tidak rasa terkilan dengan apa yang berlaku ini.”
“Walaupun sudah berpisah pada Ramadan lalu, kami masih sambut raya Aidilfitri sama-sama. Kehidupan juga jalan macam biasa tapi yang bezanya kami bukan pasangan suami isteri.”
“Apa yang bekas isteri cakap tu, saya pun setuju. Jadi tiada apa yang perlu saya katakan sekarang ini. Tunggulah, mungkin akan ada masa saya bersedia, saya akan ceritakan.”
Datuk Afdlin Shauki dan Maria Christina Orow bernikah pada tahun 1997 dan mempunyai tiga orang anak.