Ahmad Iqbal kata doktor minta dia cepat kahwin sebab terlalu subur

1,391 views

Ahli perniagaan yang pernah bergelar penyanyi dan pelakon iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya teramatlah subur sehinggakan doktor seringkali memberi nasihat agar dia cepat-cepat berkahwin.

Ianya bukan cakap kosong tetapi, Iqbal akui telahpun buat ujian kesuburan sebelum ini, dan fakta mendedahkan dia terlalu subur.

Ini komen Ahmad Iqbal melalui satu kenyataan di Instagram.

“Sebelum perkahwinan yang dah tak jadi itu hari, saya dah ada pergi jumpa doktor untuk periksa tahap kesuburan. Amat syukur semuanya baik. Malahan doktor juag dah sarankan agar saya kahwin awal kerana amat subur.”

“Sampai sekarang doktor tu akan gelakkan saya jikalau kami bertemu. Doktor risau saya akan jadi stress dan tertekan.”

“Kalau kahwin pun boleh stress. Tak kahwin pun akan stress lain pula. Apapun berkenaan zuriat, terserah kepada Tuhan sajalah.”

Jawapan itu ditulis oleh Iqbal setelah menjawab komen dari salah seorang pengikut setianya.

Kemudian ada juga peminat yang tanya kepadanya tentang kos untuk buat ujian kesuburan. Iqbal turut melayan soalan peminatnya itu.

“Harga nak ujian kesuburan air mani lelaki dalam lingkungan RM150 hinggalah RM400. Doktor akan periksa kuantiti, bentuk dan pergerakan anak benih.”

“Sebelum test kita perlu puasa dan kena elak minum kopi serta memerlukan tidur yang cukup.”

Selain itu, ada juga yang bertanya kepada Iqbal tentang pengambilan anak angkat bernama Ziyad, 3 bulan, kerana ada yang mengatakan itu semua content semata mata.

Ahmad Iqbal telah menafikan dakwaan berkenaan.

“Memang betul ada pihak fikir saya ambil anak angkat untuk buat content. Mereka ni memang tidak tahu di sebalik hari-hari bagaimana saya menjaganya.”

Ahmad Iqbal mendedahkan dia seronok bergelar bapa, dan kini melebihkan anaknya itu lebih dari dirinya sendiri.