Pekin, Mona Allen dedah nama baby, sedap namanya

2,165 views

Tanggal 31 Ogos merupakan detik yang cukup indah buat pasnagan pelakon Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim. 

Sempena hari kemerdekaan Malaysia, Pekin dan Mona Allen telah menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka. 

Ini satu kegembiraan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata buat kedua pelakon ini yang sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun. 

Untuk anak sulung ini, Pekin dan Mona Allen telah bersepakat memberikan nama yang amat sedap. 

Nama yang dipilih untuk baby boy ini ialah Petra Pekin

Hal ini di sahkan sendiri oleh Mona Allen dalam satu penulisannya di Ig story. 

“Selamat datang ke rumah mu wahai anakku, Petra Pekin Bin Mohd Iznan. Daddy dan mummy sangat sayang pada kamu.” 

Itulah nukilan hati dari Mona Allen yang menyambut anak pertamanya. 

Bagi Mona Allen, melahirkan Petra Pekin ini merupakan satu detik yang cukup indah. 

“Ini memang satu anugerah yang terindah. Terima kasih kepada  Doktor Kam dan semua ahli pasukannya di Hospital Andorra. Servis mereka ni memang amat terbaik.” 

Dalam pada itu, Pekin juga dilihat ada muatnaik gambar tepi baby barunya itu. 

Kata Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan, dia memang tak sangka baby Petra akan lahir di tarikh Hari Merdeka. 

“Memang saya tak sangka betul apabila babykami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tak percaya pula dapat baby merdeka.” 

“Kalau ikutkan tempoh bersalin Mona sebenarnya belum tiba, masih lambat lagi. Akan tetapi, di malam sebelum baby keluar,  dalam jam 9, saya dah hantar dia ke hospital untuk check saja.” 

“Doktor cakap memang dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Masa tu tak ada sangat tanda nak bersalin, Mona pun okey, sempat sembang dan gelak.” 

“Mungkin baby Petra tak sabar nak keluar, nak laungkan merdeka.” 

Pekin mengatakan Mona Allen bersalin baby Petra Pekin secara normal.  

Tahniah buat Pekin dan juga Mona Allen, selamat berbahagia bersama baby Petra.