Ini pendedahan penuh dari Puteri Balqis tentang perbuatan ayah kandungnya

2,495 views

Siapa yang tak kenal dengan kehebatan lakonan Puteri Balqis semasa kecil. Bakat dimiliki membuatkan Puteri Balqis dinobatkan antara pelakon berbakat besar ketika masih kanak-kanak. 

Pada tahun ini, sejak semalam nama pelakon Puteri Balqis menjadi perhatian. 

Ini setelah pelakon yang sudah meningkat remaja ini mendedahkan pengalaman getir dirinya ketika kanak-kanak yang ramai tak tahu. 

Pendedahan ini dibuat menerusi satu tembual bersama Bros Gang TV pada 3 September. 

Pelakon yang kini berumur 15 tahun bercerita tentang perangai ayahnya, yang baginya telah dipendam sekian lama. 

Buat pertama kali, Puteri Balqis bercerita tentang kisah ayah kandungnya dengan mendedahkan beberapa kejadian. 

Jelas Puteri Balqis, ayahnya dikatakan nampak baik di depan, namun bertindak di luar jangkaan ketika bersama ibu dan juga dirinya. 

Malahan ada juga tindakan ayahnya yang turut melakukan perbuatan yang tak elok kepada diri Puteri Balqis sejak dari umurnya 5 tahun lagi. 

Selain itu, ayahnay juga dikatakan ada bertindak naik tangan dan kaki kepada ibu dan juga Puteri Balqis sendiri. 

Ini sedutan video tentang Puteri Balqis bercerita tentang ayahnya itu secara terbuka di Bros Gang TV. 

Bahagian satu:

Video bahagian kedua pula:

Kisah bahagian nombor tiga:

Bahagian terakhir, part keempat:

Ketika bercerita, Puteri Balqis sendiri yang mahu mendedahkan hal itu kerana dah tak tahan lagi nak simpan kisah hitam hidupnya itu. 

Puteri Balqis juga sempat memohon maaf kepada ibunya sebab terpaksa bercerita tentang hal berkenaan dan tak mahu orang ramai terus bercakap tentang ibunya, walhal mereka tak tahu hal yang terjadi dengan ayahnya. 

Sehingga kini belum lagi ada komen dari pihak ibu mahupun ayah Puteri Balqis tentang pendedahan yang dilakukan oleh pelakon berumur 15 tahun ini. 

Untuk info, ayah kepada Puteri Balqis telah pun berpisah dengan ibunya, dan kini Puteri Balqis tinggal dan dijaga oleh ibunya.