Kenyataan penuh ibu Puteri Balqis, dedah sikap bekas suami, ayah kandung Puteri Balqis

3,950 views

Setelah pelakon kanak-kanak yang dah meningkat remaja iaitu Puteri Balqis mendedahkan sikap ayah kandungnya, ramai yang terkesima tentang hal berkenaan. 

Ramai yang tak sangka, sampai begitu sekali sikap ayahnya terhadap diri Puteri Balqis dan juga ibunya iaitu Ashikin. 

Pendedahan yang dibuat dalam satu temubual itu kini mendapat perhatian ramai pihak, dan rata-rata mengasihani nasib pelakon berumur 15 tahun itu. 

Setelah luahan Puteri Balqis menjadi tular, ramai yang mahu mendengar apa pandangan serta respon dari ibu dan juga ayahnya itu. 

Kata ibu Puteri Balqis iaitu Ashikin, dia pun terkejut anaknya akhirnya membuka cerita berkenaan. 

Dalam pada itu, Ashikin turut menulis beberapa pendedahan tentang sikap bekas suaminya yang juga ayah kandung kepada Puteri Balqis bernama Azizi itu. 

Ashikin mendedahkan beberapa isu yang terjadi sepanjang perkahwinannya dengan Azizi. 

Dari pendedahan Ashikin, apa yang dikatakan oleh Puteri Balqis itu memang benar sama sekali. 

Tampil mempertahankan anaknya, Ashikin mendedahkan beberapa tabiat tak elok Azizi antaranya seperti membohongi dirinya, menyamun, meminum minuman yang keras atau dilarang,  

Ini antara pendedahan dari Ashikin tentang ayah kandung Puteri Balqis. 

Selain itu, Ashikin juga mengiyakan bahawa memang Azizi pernah meletakkan pedang samurai di lehernya seperti yang didedahkan oleh Puteri Balqis. 

Antara pendedahan paling teruk ialah Aziz ada meminta Ashikin melakukan sesuatu di dalam kereta, ketika anaknya ada di belakang kereta. 

In pendedahan yang mengejutkan itu. 

Bercerita lanjut, Ashikin mendedahkan bekas suaminya itu mempunyai ramai rakan dan tidak pernah ditahan di atas perbuatannya. 

Ashikin dan Puteri Balqis mempersoalkan mereka yang memberi respon tak baik kepada pendedahan dari Puteri Balqis, setelah 15 tahun tersiksa. 

Bagi Norashikin, Puteri Balqis merupakan seorang anak yang amat kuat orangnya.