“Cari rezeki..” Kini Faizal AF4 jadi jurujual penapis air

1,212 views

Antara bekas juara rancangan nyanyian Akademi Fantasia ialah Faizal Ramly di musim ke empat. Faizal memenangi Akademi Fantasi ke empat mengatasi peserta lain seperti Lotter, Farhan, Velvet dan Rich. 

Memang dah lama tak dengar khabar nertia tentang pennyayi yang berasal dari Terengganu ini. 

Dalam perkembangan terbaru, pada tahun ini, Faizal sudah pun mempunyai kerjaya yang baru. 

Dari beberapa video, Faizal menjelaskan bahawa ketika ini dia telah pun menceburi bidang baru iaitu penjadi salah seorang usahawan sebuah syarikat penapis air iaitu Coway. 

Faizal yang kini berumur 38 tahun mengesahkan hal berkenaan dan meminta orang ramai menyokong cadang yang baru disertainya itu. 

“Salam semua, ini merupakan hari pertama saya melibatkan diri bersama syarikat Coway. Ini semua merupakan rakan seperjuangan saya.” 

“Minta semua dapatlah memberi sokonglan buat saya dan juga kawan-kawan yang lain, amin.” 

Penyertaannya dalam bidang baru itu, ramai yang tertanay sama ada Faizal masih lagi menyanyi. Ini jawapan yang telah diberikan olehnya. 

“Tidak semesti nya kalau seseorang itu menjadi seorang penyanyi, dia dah tak boleh nak menjadi peniaga. Saya dah bersama Coway tapi saya masih lagi menyanyi.” 

“Bagi saya tiada sebarang masalah pun asalkan saya ni nak mencari rezeki halal. Saya sayang anda semua, senyum sokmo.” 

Dari ruangan komen, rata-rata para peminatnya mendoakan Faizal agar terus succes dalam kerjayanya itu. 

Ramai juga yang mengatakan mereka rindu nak dengar suara dari Faizal, oleh itu penyanyi ini ada menyanyi sedikit buat para peminatnya. 

Malahan ada juga yang memberi cadangan bahawa sepatutnya penyanyi seperti Faizal AF4 inilah yang dibawa ke pentas Gegar Vaganza untuk membuat kemunculan semula setelah lama tak muncul.