“Pesanan padu” dari kedua-dua isteri Ashraf Muslim di atas kek hari lahir jadi perhatian

1,049 views

Antara pelakon yang mempunyai dua orang isteri di Malaysia ini ialah Ashraf Muslim. 

Semalam, Ashraf Muslim memberitahu baahwa dia telah menerima kejutan dari kedua dua isterinya baru-baru ini. 

Sempena hari lahirnya yang ke 41 tahun, Ashraf Muslim memberitahu, isteri pertama dan isteri kedua buat kejutan dengan menyambut hari lahirnya bersama ketika berkelah di air terjun. 

“Semalam memang merancang nak berkelah saja. Semau gigih pagi lagi dah bangun nak pergi berkelah.” 

“Semua pun beriya angkat barang sampai terdetik di hati kenapa semua beriya angkat barang. 

“Apabila sampai kat atas tu, terkejut lah saya setelah mama dan ibu set up semua ini untuk saya.” 

Ashraf Muslim ternyata terharu dengan usaha serta sambutan dari kedua isterinya itu, lantas mengucapkan jutaan terima kasih. 

“Terima kasih buat mama ibu sebab meraikan birthday saya yang ke 41 ni. Memang saya dah tua dah. Didoakan agar mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat.”  

“Maafkan ayah jika ada silap serta kesalahan selama ini. Jikalau ayah ni pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. Saya sayang semuanya.” 

Namun begitu, ada sesuatu yang menarik perhatian para netizen tentang kek birthday Ashraf Muslim itu. 

Dapat dilihat ada pesanan khas dari kedua isterinay kepada Ashraf Muslim. Jom baca tulisan di atas kek itu. 

“Selamat hari jadi Ayah. Semoga panjang umur murah rezeki. Jaga hati ok. Kami sayang Ayah.” 

Apa yang menariknya antara pesanan yang disampaikan ialah meminta agar Ashraf Muslim sentiasa menjaga hati. 

Malahan perkataan hati itu telah di bold kan, menjadikannya mesej yang amat penting. 

Itulah dia satu pesanan yang cukup baik dan padu untuk mereka yang dah berkeluarga, apatah lagi mempunyai isteri lebih dari seorang, kenalah jaga hati. 

Selamat hari lahir buat Ashraf Muslim, semoga sukses selalu.