“Jangan fikir tekak sendiri saja” Datuk Jamal Abdillah sekolahkan Roslan Shah

3,171 views

Ada isu yang timbul melibatkan Datuk Jamal Abdillah setelah selebriti Singapura, Roslan Shah meluahkan rasa kurang senang dengan penyanyi berkenaan. 

Roslan Shah mendedahkan dia mengalami kerugian setelah Jamal Abdillah tidak datang ke event yang dirancang oleh Roslan di Singapura. 

Malahan Roslan Shah juga mahu Jamal Abdillah membayar ganti rugi kerana tak dapat datang. 

Menjawab tuduhan dari Roslan Shah itu, penyanyi yang terkenal dengan nama raja pop ini mendedahkan hal sebenar. 

Bagi Jamal Abdillah, Roslan Shah bagaikan ada agenda tersendiri kerana dari awal lagi Jamal dah menolak pelawaannya. 

“Saya dah beritahunya banyak kali, saya cakap tak boleh. Namun Roslan Shah ni asyik tetap pujuk saya untuk datang juga ke Singapura. Keputusan saya tetap, iaitu saya tak boleh nak pergi”. 

“Masih saya ingat, ketika saya dalam perjalanan ke Terengganu, Roslan ada contact dan memujuk saya. Tetapi saya tetap dengan jawapan tak boleh datang.” 

“Lagipun saya akan ada buat satu konsert eksklusif di Singapura pada tarikh 31 Disember 2022 dan juga 1 Januari 2023 nanti. Konsert ini merupakan persembahan berbayar. Saya tak nak ganggu penjualan tiket konsert tu.” 

“Tetapi memang Roslan Shah ni tetap nak pujuk saya dan yakinkan bahawa tiket konsert saya itu nanti akan tetap habis terjual.”  

“Oleh kerana saya dah malas nak layan orang yang tak faham bahasa, saya cuma iyakan saja, namun saya langsung tak beri sebarang persetujuan.” 

Jamal berkata dia tak tahu menahu tentang persediaan yang di buat oleh Roslan Shah termasuk kononnya dah sediakan hotel. 

“Persoalannya mengapa dia ni beria sediakan tiket, penginapan dan promosi tanpa persetujuan dari saya dan dia cakap saya akan hadir ke sana. Tak ada tanda tangan sebarang kontrak dari pihak saya.” 

“Saya yakin dan pasti Roslan Shah ni ada agenda tersembunyi. Saya ni dijemput tanpa sebarang bayaran. Jika betullah nak saya datang, kena buat pembayaran, barulah saya akan datang.” 

“Jangan nak fikir tekak sendiri saja. Sila fikirkan kesibukan waktu saya.”  

“Saya cakap terus terang, tentang kerugian yang ditanggung, saya kan dah beritahu awal-awal saya tak boleh pergi. Memang tak ada masa untuk pergi dan memang tak akan pergi.” 

Jamal Abdillah kata patutnya Roslan Shah yang minta maaf sebab mencalit arang kepada namanya. 

“Permohonan maaf, sepatutnya Roslan yang perlu minta maaf kerana dia ni telah memaksa-maksa saya. Roslan Shah juga dah memburukkan nama saya.” 

Itulah respon dari Jamal Abdillah kepada Roslan Shah.