Antara penyanyi rock otai yang masih lagi aktif ketika ini ialah Datuk Awie bersama kumpulan Wings.
Melihat ada penyanyi lain yang menjadi tular kerana sikap atau attitude yang keterlaluan semasa melakukan persembahan, Awie tampil memberi pendapatnya.
Awie meminta penyanyi terutama band di Malaysia menjaga tingkah laku dan tidak biadap semasa di atas pentas.
Katanya lagi, band di Malaysia tak perlu terpengaruh dengan budaya dari negara luar terutama budaya barat.
“Tentang isu penyanyi rockers yang bertindak secara tak sopan di atas pentas, sebenarnya itu bukan lesen untuk dia buat sebegitu atau berkelakuan aneh semasa buat persembahan.”
“Rock ini ada banyak kategori, tapi penyanyi yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk.”
“Band kat negara kita ni kebanyakkannya orang Melayu dan kenalah beradab. Adab orang kita amat tinggi.”
“Rock memang ada attitude tapi jangan keterlaluan.”
Datuk Awie yang sudah masuk ke umur 53 tahun dan sudah pun 37 tahun menjadi penyanyi, telah pun memberi ingatan kepada penyanyi supaya tak bawa isu diri dan peribadi semasa berada di atas pentas.
“Walau nak jadi rock macam mana pun, kita jaga adab. Kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, tetapi diri sendiri hancurkan, kesian pada parents.”
“Jangan buat sesuatu yang tak bijak, cari perkara yang positif.”
“Saya ni sudah 37 tahun menyanyi membuat persembahan, nak rebeI itu hanya diluar pentas sajalah. Tak perlu nak tayang atas pentas, nanti satu dunia tahu.”
“Jika mahu menunjuk rebeI tu boleh, tetapi dari platform karya, penulisan lirik, luahkan di lirik bukannya dengan attitude tak elok atas pentas.”
Itulah komen serta pendapat dari Datuk Awie ekoran ada penyanyi yang bagaikan naik syeh, dan bertindak kurang elok di atas pentas yang tular baru-baru ini.