Isu timbul tentang perkahwinan pelakon Sharifah Sakinah dan pasangannya Michael Hansen, jejaka dari Sweden.
Setelah muatnaik satu caption mengatakan dia dan Michael tak boleh lagi jadi pasangan dan meletakkan ayat bahawa hubungan dah tamat, ramai yang mahu tahu kisah serta status mereka.
Akhirnya menerusi satu laporan dari portal Kosmo Online, Sharifah Sakinah mengesahkan hal ini.
Adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah ni mengakui dia dan Michael Hansen akan berpisah.
“Yes, kami berdua akan bercerai dan akan jalani kehidupan masing-masing. Jika ada jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye.”
Dalam pada itu, Sharifah Sakinah juga akui, dia dan Michael Hansen sebenarnya dah bergelar sebagai pasangan suami isteri sejak hujung tahun 2020.
“Sebenarnya saya dah pun berkahwin dengan Michael Hansen sejak penghujung 2020. Selama tiga tahun kami dah bersama.”
Jelasnya hubungan mereka ada turut naiknya, dan kini mengambil keputusan untuk berpisah.
Sebelum ini, Sharifah Sakinah ada ditanya tentang status yang dimuatnaik oleh kakaknya Sharifah Shahirah.
Jelas Sharifah Shahirah yang mesra di sapa Shiera, selepas telefon, Sakinah tidak mahu menjawab dan berharap family tak campuri urusannya.
“Saya tak ada lihat posting Sakinah tu di Instagram, saya dapat tahu setelah anak saya yang tunjuk, saya terus hubungi Sakinah.”
“Bila hubunginya untuk dapatkan kepastian, dia minta keluarga janganlah masuk campur urusannya itu.”
“Apa yang Sakinah cakap, apa yang berlaku di internet, biarkan di internet saja. Saya pun tak tahu.”
Jelas Shiera lagi, ahli keluara semua tenag saja tentang isu yang timbul ini.
“Semua ahli keluarga tenang-tenang saja tentang spekulasi ini, biarlah orang nak cakap apa pun. Biar sajalah dia yang mengesahkan perkara itu semua, bukan kerja saya pun.”
Itulah kisah tentang Sharifah Sakinah dan juga perkahwinan dengan Michael Hansen.